Monday, May 11, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke 17


Tarikh    :  11 Mei 2015
Hari        :  Isnin
Masa      :  7.30 -7.45 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SKPM


Guru Bertugas
En Nordin B Mat Hussin
Pn Nasibah Bt Sairi
Pn Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi
Pn Rose Halina Bt Jedin
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Bacaan Doa          

Bacaan doa dipimpin oleh Ahmad Haiqal Aiman B Abdul Hadi


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Ucapan disampaikan oleh Pn Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi

Tema  : Disiplin Diri

Guru menerangkan kepada murid tentang kepentingan disiplin  dalam diri setiap murid.
Antara ciri-ciri murid yang berdisiplin :

  1. Meminta kebenaran guru ketika keluar kelas.
  2. Masuk bilik guru dengan kebenaran guru.
  3. Tidak mencuri atau mengambil barang orang lain tanpa kebenaran.
  4. Mengetuk pintu dan memberi salam ketika masuk ke kelas atau bilik guru.

- Guru memaklumkan bahawa minggu ini merupakan minggu peperiksaan.
- Guru mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki PPT.
- Murid yang sakit perlu berehat di rumah.
- Murid perlu mendapatkan surat cuti sakit daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah.


Program Sekolah Penyayang

Guru menyambut kedatangan murid sambil bersalaman -salaman.

No comments: