Thursday, May 7, 2015

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN 1

7 Mei 2015 (Khamis) -Unit Keselamatan SK Pulau Meranti telah mengadakan "Latihan Kawad Kebakaran 1". Objektifnya adalah;
  • Memberi pendedahan kepada latihan kebakaran.
  • Memupuk sikap sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang situasi kebakaran.
Kumpulan sasarannya adalah kepada semua murid, guru-guru dan kakitangan SK Pulau Meranti. Latihan ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru dan murid.

En. Nordin memberi taklimat ringkas tentang latihan kebakaran yang dijalankan.

Pn. Nasibah sedang mengambil kehadiran murid di padang sekolah.

Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing bersama guru kelas.
Murid-murid berkumpul di padang sekolah.

Murid-murid beratur sambil berjalan ke padang sekolah bersama guru mata pelajaran.


Laporan disediakan;
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
Setiausaha Unit Keselamatan

No comments: