Wednesday, May 6, 2015

Pelancaran Bulan Panitia Sains & Matematik

5 Mei 2015: Bertempat di Dataran Perhimpunan, Bulan Panitia Sains & Matematik telah dilancarkan pada pagi ini oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Acara simbolik melepaskan roket ke udara telah disempurnakan oleh Guru Besar.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang bulan Mei sehingga 22 Jun 2015. 

Aktiviti akan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

Panitia Matematik:
Tahun 1 - Bola dan bakulnya (Tambah)
Tahun 2 - Teka Silangkata
Tahun 3 - Teka Silang Kata
Tahun 4 - Si Cilik Sifir
Tahun 5 - Teka Silang Kata
Tahun 6 - Kebudayaan Matematik
LINUS - Kolaj Nombor

Panitia Sains:
Tahun 1 - Pertandingan Mencari Gambar Tersembunyi & Kuiz
Tahun 2 - Pertandingan Membina Lego & Kuiz
Tahun 3 - Pertandingan Membina Lego & Kuiz
Tahun 4 - Pertandingan Teka Silangkata & Kuiz Istilah Sains
Tahun 5 - Eksperimen Sains
Tahun 6 - Eksperimen Sains

Semoga Bulan Panitia ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dalam diri murid dan semangat  keyakinan diri untuk menyertai aktiviti/pertandingan yang akan diadakan.



Pelancaran oleh Guru Besar
                                                                                              
   
Melancarkan Roket Buatan ke udara

Aktiviti Bulan Panitia Matematik 

Aktiviti Bulan Panitia Sains

Post a Comment