Friday, May 15, 2015

PELANCARAN PROGRAM THE CHAMPION 2015

Majlis Pelancaran PROGRAM "THE CHAMPION" telah dilaksanakan pada 15 Mei 2015 Jumaat pada pukul 7.30Pagi. Cikgu Daud Menjadi pengerusi majlis perasmian Program “ The Chmapion 2015”. Beliau menerangkan mengenali program the champion, iaitu:
1.PENGENALAN
Program The Champion merupakan satu gagasan idea daripada Tuan Zainuren Bin Haji Mohd Nor, SMP. AAP. Pengarah Pendidikan Selangor bagi mencapai target kecemerlangan peperiksaan UPSR 2015
2. RASIONAL PELAKSANAAN
Program The Champion dilaksanakan kepada Calon UPSR yang ditarget mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan menjamin peningkatan pencapaian kualiti 5A di Negeri Selangor dapat direalisasikan.
3. OBJEKTIF
  • 1.       Memastikan daerah Sepang mencapai 12% calon mendapat semua A ( 5a) UPSR Tahun 2015
  • 2.     Memastikan Negeri Selangor mencapai kedudukan sepertiga teratas peperiksaan UPSR di peringkat Kebangsaan Tahun 2015.
  • 3.     Menjadikan PDP abad 21 pemangkin ke arah “ Selangor Maju, Akademik Terbilang”   (SMAT).


Guru Besar, Pn. Siti Habsah merasmikan Program The Champion dengan melepaskan bunting dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbir, En. Azmin.Sembilan orang murid yang dipilih sebagai “ The Champion” dipanggil kehadapan untuk menerima fail the champion oleh Pn. Guru Besar.








No comments: