Friday, May 29, 2015

PROGRAM SUMBANGAN BAJU RAYA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA TNB

27hb Mei 2015, program sumbangan baju raya anak-anak yatim dan murid asnaf merupakan program tahunan TNB  kepada sekolah yang terpilih. Seramai 14 orang murid anak yatim dan seorang murid asnaf zakat dari sekolah ini  telah dipilih untuk program membeli baju raya anjuran TNB. Sumbangan ini akan diberi pada majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada hari tersebut, murid-murid anak yatim dibawa dengan menaiki bas ke Kuala Lumpur. Mereka diberi pilihan untuk memilih pakaian hari raya yang mereka ingini. Mereka juga dibawa makan tengahari di Kompleks SOGO. Selesai sesi pemilihan kelengkapan baju raya, mereka pulang ke sekolah pada jam 5.00 petang.





Wajah-wajah anak yatim lelaki dari SK Sg Merab Luar dan SK Pulau Meranti, bersedia untuk menuju ke kedai pakaian Wisma Yakin bersama Kakitangan TNB.

Sebahagian murid perempuan yang sudah memilih pakaian.
Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah masing-masing dengan pakaian baru yang dipilih.

Adik Fasha diana binti Megat Nordin gembira menunjukkan pakaian baru yang dipilihnya.

Kelihatan murid-murid perempuan bergambar kegembiraan setelah selesai memilih tudung raya.

Sesi pemilihan kasut raya. 

Selesai membeli kelengkapan baju raya, murid-murid dijamu dengan nasi ayam di medan selera Kompleks SOGO.

Wajah-wajah anak yatim SK Pulau Meranti.





Laporan disediakan oleh :

Nasibah binti Sairi.




Post a Comment