Tuesday, June 30, 2015

Laporan perhimpunan mingguan ke 23

Tarikh : 29 Jun 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :

En.Daud 
Pn Hayati
Pn y. Nuryati
Pn. Noni binti Said
En. Zuhairi 


Laporan :

Pengerusi Majlis : En. Daud
Bacaan Doa : Kamarul
Bacaan Ikrar Rukunegara : En. Daud
Bacaan  Ikrar Murid         : Mohd Syamil Hafiz
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Aiman


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: Pn. Sharifah Sairi

1.  Murid-murid dinasihatkan agar prihatin dengan keceriaan dan kebersihan kelas.
Amalan kebersihan perlu diamalkan setiap hari sama ada di dalam kelas ataupun di rumah. 

2.     Menjaga kelakuan dan adab sesama rakan di dalam kelas semasa pertukaran guru.


3Laporan Guru Bertugas Mingguan:

Disampaikan oleh:
En Yusnizan.

1.    En. Daud  mengingatkan murid-murid agar menjaga kesihatan diri terutama dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Beliau mengingatkan murid murid agar  menjaga diri supaya tidak bermain mercun. 

3.    En. Baim menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh orang murid yang mewakili sekolah ke pertandingan catur MSSD Sepang di SMK DABB, Bangi.Perhimpunan rasmi ditamatkan awal kerana untuk melaksanakan Program Mentor Mentee bulan Jun.




     










Thursday, June 25, 2015

Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Isnin ( 22 Jun 2015 ) - Ramadhan Kariim...merupakan ucapan yang diucapkan oleh orang Arab apabila tibanya bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT.  Jadi, masih belum terlambat untuk kami, semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab mengucapkan 'Ramadhan Kariim' dan 'Selamat  Berpuasa' kepada seluruh warga SKPM. Mudah-mudahan ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. In sya Allah. 

Setelah berakhirnya Bulan Panitia Sains, maka bermulalah pelancaran bagi Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi sesi 2015. Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas oleh Ustazah Norhanim selaku pengerusi majlis pada hari ini. Kemudian diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam,Ustazah Ainul Fathiah. Beliau telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

1) Tadarrus Al-Quran ( Guru / Staf / Murid Tahap 2)
2) Pertandingan Hafazan (Juzuk 30)
3) Teka Silangkata Ramadhan
4) Tazkirah Ramadhan
5) Kuiz Ramadhan
6) Amali Solat Sunat Dhuha (Tahap 2)
7) Majlis Khatam Al-Quran
8) Mewarna Kad Ucapan Hari Raya

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPM, Pn Siti Habsah Bt Ahmad. Beliau meminta agar semua murid tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis pelancaran bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab berakhir pada jam 8.15 pagi. Sekian.



LENSA KAMERA


Gimik pelancaran Bulan Panitia P.Islam & B.Arab

Perasmian oleh Guru Besar

Kumpulan kompang



Ucapan perasmian oleh Pn Siti Habsah Bt Ahmad,
Guru Besar SKPM


Pemberian cenderahati kepada semua pentadbir sempena
Bulan Ramadhan.






Wednesday, June 24, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke-22

Tarikh : 22 Jun 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :

En.Yusnizan 
Pn Siti Juitah
Pn Sharipah
Mr. Amir Mohamad
Pn. Cheng


Laporan :

Pengerusi Majlis : En. Yusnizan
Bacaan Doa : Kamarul
Bacaan Ikrar Rukunegara : En. Yusnizan
Bacaan  Ikrar Murid         : Mohd Syamil Hafiz
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Aiman


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: En Mohd Reza

1.  Murid-murid dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan seimbang memandangkan sekarang adalah bulan puasa.

2.     Menjaga kelakuan dan adab sesama rakan di dalam kelas semasa pertukaran guru.


3Laporan Guru Bertugas Mingguan:

Disampaikan oleh:
En Yusnizan.

1.    En. Yusnizan telah menerangkan dan mengingatkan murid-murid agar mengamalkan cara pemakanan sihat. Beliau mengingatkan murid murid agar bersahur sebelum datang ke sekolah. Beliau juga telah menyampaikan sedikit peringatan mengenai pentingnya bersyukur.

3.    En. Yusnizan juga telah mengumumkan juara mingguan kelas terbersih iaitu Tahap 1 - kelas 3 Cemerlang dan Tahap 2 - 5 Gemilang.


     Ucapan guru besar:

1.    Guru Besar mengingatkan pengawas-pengawas sekolah agar menjaga kelas kelas yang ditugaskan oleh guru disiplin.

2.    Beliau mengesa murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam sempena bulan puasa ini.

3.    Guru Besar juga mengalakkan murid membuat derma sempena bulan ramadan.









Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam

- Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sempena dengan bulan puasa yang sedang berjalan. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru-guru pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi memenuhi ruangan pada bulan ini.














p

Friday, June 19, 2015

Hari Bicara Akademik Kali Pertama 2015

Pada 19 Jun 2015 jumaat, SKPM mengadakan program Hari Bicara Akademik Kali Pertama 2015.Program tersebut dimulakan dengan bacaan Yassin Perdana.Semua Guru-guru dan murid-murid beragama Islam mengikuti bacaan yassin perdana ini.
  

Hari Bicara Akademik diadakan buat pertama kali dalam tahun 2015 bertujuan untuk memaklumkan kepada ibubapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Program ini diadakan untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibubapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan beberapa program sekali gus.


KAUNTER PIBG



JUALAN AMAL ANJURAN PUSAT SUMBER SKPM
 
Perlaksanaan Hari Bicara Akademik

  

       

PEMBERIAN BANTUAN KWAMP


  
PERLAKSANAAN HARI BICARA AKADEMIK  PRA SKPM


  
  
 
KAUNTER BSN