Wednesday, June 24, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke-22

Tarikh : 22 Jun 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :

En.Yusnizan 
Pn Siti Juitah
Pn Sharipah
Mr. Amir Mohamad
Pn. Cheng


Laporan :

Pengerusi Majlis : En. Yusnizan
Bacaan Doa : Kamarul
Bacaan Ikrar Rukunegara : En. Yusnizan
Bacaan  Ikrar Murid         : Mohd Syamil Hafiz
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Aiman


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: En Mohd Reza

1.  Murid-murid dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan seimbang memandangkan sekarang adalah bulan puasa.

2.     Menjaga kelakuan dan adab sesama rakan di dalam kelas semasa pertukaran guru.


3Laporan Guru Bertugas Mingguan:

Disampaikan oleh:
En Yusnizan.

1.    En. Yusnizan telah menerangkan dan mengingatkan murid-murid agar mengamalkan cara pemakanan sihat. Beliau mengingatkan murid murid agar bersahur sebelum datang ke sekolah. Beliau juga telah menyampaikan sedikit peringatan mengenai pentingnya bersyukur.

3.    En. Yusnizan juga telah mengumumkan juara mingguan kelas terbersih iaitu Tahap 1 - kelas 3 Cemerlang dan Tahap 2 - 5 Gemilang.


     Ucapan guru besar:

1.    Guru Besar mengingatkan pengawas-pengawas sekolah agar menjaga kelas kelas yang ditugaskan oleh guru disiplin.

2.    Beliau mengesa murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam sempena bulan puasa ini.

3.    Guru Besar juga mengalakkan murid membuat derma sempena bulan ramadan.









Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam

- Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sempena dengan bulan puasa yang sedang berjalan. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru-guru pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi memenuhi ruangan pada bulan ini.














p

No comments: