Tuesday, July 28, 2015

SEGALA YANG ANDA HARGAI : Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear

28 Julai 2015 - Bertempat di Dewan SK Pulau Meranti, pagi ini telah diadakan satu ceramah berkaitan "SEGALA YANG ANDA HARGAI Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear" telah disampaikan oleh pihak Soka Gakkai Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang bahayanya senjata nuklear, aktiviti melukis dan mewarna, dan maklumat pameran berkenaan senjata nuklear.

Objektif program ini adalah:

  1. Untuk memperluas sokongan terhadap penghapusan senjata nuklear dengan menyediakan peluang untuk belajar dan mendalami isu ini dari pelbagai sudut pandangan.
  2. Untuk menyediakan maklumat dan perspektif yang memperkasakan orang untuk mengambil tindakan demi masa hadapan yang diingini.
  3. Untuk membina momentum dalam kalangan rakyat ke arah pengharaman senjata nuklear melalui perjanjian yang melarang senjata nuklear.
Sehubungan itu, satu pameran berkaitan "SEGALA YANG ANDA HARGAI Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear" akan diadakan di:
 Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia, 243 Jln Bukit Bintang
pada 8/8/2015 hingga 27/9/2015
bermula jam 9.30 pagi - 5.30 petang
Kemasukan Percuma

Sesiapa yang berminat, bolehlah hadir pada masa yang ditetapkan di atas.

Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah pada pagi ini bersama pihak Soka Gakkai Malaysia.













BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR FASA 2

Pada 22/7/2015, Panitia Sains dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR Fasa 2 2015. Program ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahin ini.

Penceramah jemputan, TN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR merupakan seorang guru dari SK Jalan U3, Subang Perdana yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Beliau merupakan penyelaras Program ADAP Utusan Malaysia, Penceramah Sains KUNTUM dan The star, penulis dan penceramah Astro Tutor TV dan Penyelaras Program Bijak Sains.

Program ini telah melibatkan calon UPSR yang seramai 73 orang murid. Moga program ini dapat memberikan manfaat kepada calon UPSR SKPM untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam UPSR terutama matapelajaran Sains










LADAP MENGEMASKINI DATA DAN PENGISYTIHARAN HARTA DI HRMIS

Pada 25 julai 2015, Sabtu jam 7.30 pagi hingga 2.00 ptg unit LADAP menganjurkan sebuah ladap yang bertajuk " Bengkel Mengemaskini Data Pengisytiharan Harta Di HRMIS" Program ini di wajibkan semua guru dan staf untuk mengikuti.

PK Pentadbiran dan Kerani Pn. Zaleha memberikan bengkel tersebut kepada semua guru dan staf SKPM. Penceramah menunjukkan cara membuat HRMIS dan mengisinya. Penceramah mengajar dan terangkan kehendak data yang harus di lengkapkan

Guru-guru dan Staf mengemaskini data harta dengan bantuan penceramah. Program ini sangat membantu guru-guru dan staf untuk menglengkapkan data harta dalam HRMIS.

Tuesday, July 14, 2015

Program Dasar Warga EMAs Negara

Program Dasar Warga Emas Negara telah dilaksanakan pada hari isnin 13 Julai 2015. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program tersebut.
Unit Bimbinga dan Kuanseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau meranti  kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dibahagikan kepada tiga bahagian.Dua buah kumpulan terdiri daripada guru-guru dan juga murid-murid telah dibentukkan.
Sekumpulan pergi ke rumah kebajikan Al-Ikhlas dan kumpulan yang kedua telah ke rumah seorang tua yang tinggal keseoranggan dan setelah itu kumpulan kedua juga telah ke rumah seorang ibu tunggal bersama anaknya yang OKU.
Sumbangan guru-guru dibahagian kepada tiga tempat yang di kunjungi.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk  memberi kesedaran kepada murid dan supaya mereka bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kepada kedua ibubapa.Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga tua. Sesungguhnya pertemuan singkat mampu mengubat kerinduan warga tua.


Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat:  
 1.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang     bernasib baik dan terpinggir.  
 2.   Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.   
3.  Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.   
4.  Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 
5.  Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada  masa akan datang.








Gambar di rumah kebajikan Al-Ikhlas



Gambar bersama IBU tunggal Dan anaknya.





Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran beserta Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab bagi sesi 2015.

Apabila berakhirnya perhimpunan rasmi sekolah, semua murid telah dibawa masuk ke Dewan SKPM. Semua pentadbir, guru dan staf turut dijemput masuk ke dewan bagi  meraikan majlis pada hari ini. Majlis kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Reeza Feelaqiz bin Shauri yang sangat petah berbicara. Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Semua warga SKPM khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh beliau.

Seterusnya majlis diteruskan dengan 'Battle Hafazan Tahun 6' yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Seramai 7 orang peserta menyertai acara ini. Semua peserta telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Seramai 20 orang murid tahap 2 yang terpilih telah terlibat menyertai acara ini. Selesai sahaja khatam Al-Quran, majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti. 

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan 2 persembahan irama padang pasir iaitu nyanyian lagu arab 'Kun Anta' yang dipersembahkan oleh murid dari Kelas 3 Gemilang dan Kalam Jamaei'  dari Kelas 4 Gemilang. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta khatam Al-Quran dan pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Jumpa lagi....Wa ilalliqa'.


LENSA KAMERA




Monday, July 13, 2015

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN KE -25

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas :

1. Pn. Rose Halina binti Jedin    ( Pengerusi Majlis )
2. Pn. Nasibah  binti  Sairi  ( Posting Blog )
3. Pn. Mahfuzah binti Ahmad Zakuan  ( Kawalan murid waktu pagi dipintu pagar)
4. Pn. Ainul Fathiah binti Mohd Fauzi  ( Kawalan murid waktu pagi dan balik di pintu pagar)
5. En. Nordin bin Mat Hussin  ( Kawalan murid waktu rehat )

Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah nyanyian yang dipimpin oleh En. Mohd Riza Feelaqiz bin Shauri. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Rose Halina binti Jedin. Seterusnya bacaan doa, bacaan Ikrar Murid dan bacaan Ikrar Keselamaan Jalan Raya dipimpin oeh pengawas yang bertugas.

Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn. Sugunah.

- Menasihati murid agar menjaga kesihatan dan memperbanyakkan minum air masak.
- Menjaga kebersihan kelas, diri dan persekitaran sekolah.

Ucapan Guru Bertugas : Pn. Rose Halina

Tema : Amalan Pemakanan Sihat.

- Menjaga pemakanan terutama di dalam bulan Ramadhan. Makan buah, sayur dan minum air masak 
  dengan kuantiti yang seimbang supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
- Amalan pemakanan sihat adalah amat penting dititikberatkan untuk menjaga kesihatan badan
  daripada sebarang penyakit kronik.

 Ucapan Guru Pen. Kanan HEM : Pn. Noraizah binti Dun

- Pemberitahuan mengenai cuti Hari Raya Aidilfitri. Murid dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati,
   menjaga diri, menjaga kesihatan dan tidak bermain mercun.
- Sekolah akan dibuka kembali pada hari Rabu 22 Julai 2015.

Hal-hal lain

1. Pemberian cenderahati  hari lahir murid yang lahir pada bulan Julai.
2. Pemberian bintang kebersihan kelas yang diungguli oleh kelas 3 cemerlang dan 5 gemilang.
3. Pemberian sijil kepada adik Alisa Siti Salina yang telah menyertai pertandingan bercerita.

Perhimpunan pada hari itu ditangguhkan dengan  nyanyian lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya murid  masuk ke dalam dewan bagi meneruskan Majlis Khatam al-Quran dan penyampaian hadiah bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seterusnya penyampaian sumbangan duit raya kepada murid anak yatim dan murid miskin SKPM.


Laporan disediakan oleh :

Pn. Nasibah binti Sairi.


Lensa Gambar








Monday, July 6, 2015

TERKINI: Cuti Perayaan Hari Raya Aidil Fitri

Salam sejahtera. Makluman terkini berkaitan cuti Hari Raya Aidi Fitri. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menetapkan bahawa cuti perayaan Aidil Fitri bagi sekolah-sekolah negeri Selangor adalah mulai 15 Julai (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Selasa). Sekolah akan dibuka semula pada 22 Julai 2015 (Rabu).

Mohon maaf di atas segala kesulitan.

Kami warga SK Pulau Meranti mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada para ibu bapa dan murid-murid SKPM. Maaf zahir dan batin.

Laporan Bertugas Mingguan 24

Tarikh : 6 JULAI  2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :


1. EN. TAUFIK
2. PN. NORDIANA
3. PN. SITI FADHILAH
4. PN. SUGUNAH
5. PN. SALINDA

Laporan :


Pengerusi Majlis : En. TAUFIK
Guru Memimpin Nyanyian Lagu Sekolah, Negaraku dan Berjaya: En. Riza FeelaqizBacaan Doa : ABU BAKAR AS SIDDIQ (6G)
Bacaan Ikrar Rukunegara : EN. TAUFIK
Bacaan  Ikrar Murid         : KAMARUL (5C)
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya :HAKIMI (5C)


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: PN. Y.NURYATI



1. Murid diminta berpesan pada ibu bapa supaya meletakkan kereta tidak berhampiran dengan pagar       sekolah dan jalan utama ke dalam kawasan sekolah.
2. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas  di hadapan pintu pagar dan menjamin keselamatan
    anak murid yang berjalan kaki.
3. Murid-murid juga dinasihati agar tidak minum air paip dalam tandas pada bulan ramadhan ini.


Laporan Guru Bertugas Minggu Ini:
Disampaikan oleh: En Mohd Taufik Abdul Rahman

1.Cikgu Taufik menerangkan maksud jimat cermat kepada anak murid sambil bersoal jawab.
2.Antara perkara yang disentuh tentang bab penjimatan ialah berkaitan dengan elektrik, duit, air dan
   masa.
3.Murid-murid yang minum air di tandas perlu mengetahui bahawa air di dalam tangki sekolah amat
  bahaya jika diminum begitu sahaja tanpa dimasak.

Laporan Ucapan Pentadbir:En. Mohd Azmin B. Atan.

1.Beliau memberikan sedikit info tentang ;
 a. maksud puasa,
  b.  amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan puasa
  c. menerangkan kaitan nafsu dan puasa

2. Beliau juga turut memberitahu bahawa esok (Selasa) bermulanya Peperiksaan Percubaan UPSR
     2015 hingga hari khamis.Seluruh warga SKPM mendoakan kejayaan semua murid tahun 6 dan
      murid-murid juga diminta sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Ucapan Guru PSS;

1. Pn Salinda meminta murid-murid memulangkan semua buku yang telah dipinjam di PSS dan
    murid-murid tidak dibenarkan meminjam buku pada minggu ini sehinggalah Cuti Raya.


Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 8.15 pagi.

Disediakan oleh;
Kumpulan 3.





MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK YATIM BERSAMA TNB 2015

                         MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN RAMADHAN 2015
                                                      TNB CYBERJAYA/PUTRAJAYA

              Majlis Sambutan berbuka puasa dan sumbangan ramadhan 2015 oleh pihak TNB telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 3 Julai 2015.Tentatif program adalah seperti berikut;

6.15 pm - Bertolak dari SKPM
6.30 pm - Tiba di dewan TNB Putrajaya
6.40 pm - Pendaftaran untuk murid dan guru
7.00 pm - Taklimat ringkas dari pihak TNB
7.25 pm - Majlis Berbuka
7.45 pm - Solat Maghrib berjemaaah
8.15 pm - Penyampaian sumbangan kepada anak yatim
              - Ucapan wakil guru SKPM
8.45 pm - Solat Isyak berjemaah
              - Solat sunat terawih
9.45 pm - Tazkirah
10.00 pm- Solat Witir
10.30 pm -Moreh & Bersurai

Disertakan gambar sepanjang majlis berlangsung;










                  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.Moga dengan sumbangan ini dapatlah menggembirakan hati anak-anak yatim ini.Syukran Jazilan..

Disediakan oleh;
Unit Kebajikan 2015