Tuesday, July 28, 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR FASA 2

Pada 22/7/2015, Panitia Sains dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR Fasa 2 2015. Program ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahin ini.

Penceramah jemputan, TN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR merupakan seorang guru dari SK Jalan U3, Subang Perdana yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Beliau merupakan penyelaras Program ADAP Utusan Malaysia, Penceramah Sains KUNTUM dan The star, penulis dan penceramah Astro Tutor TV dan Penyelaras Program Bijak Sains.

Program ini telah melibatkan calon UPSR yang seramai 73 orang murid. Moga program ini dapat memberikan manfaat kepada calon UPSR SKPM untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam UPSR terutama matapelajaran Sains










Post a Comment