Monday, July 6, 2015

Laporan Bertugas Mingguan 24

Tarikh : 6 JULAI  2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :


1. EN. TAUFIK
2. PN. NORDIANA
3. PN. SITI FADHILAH
4. PN. SUGUNAH
5. PN. SALINDA

Laporan :


Pengerusi Majlis : En. TAUFIK
Guru Memimpin Nyanyian Lagu Sekolah, Negaraku dan Berjaya: En. Riza FeelaqizBacaan Doa : ABU BAKAR AS SIDDIQ (6G)
Bacaan Ikrar Rukunegara : EN. TAUFIK
Bacaan  Ikrar Murid         : KAMARUL (5C)
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya :HAKIMI (5C)


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: PN. Y.NURYATI



1. Murid diminta berpesan pada ibu bapa supaya meletakkan kereta tidak berhampiran dengan pagar       sekolah dan jalan utama ke dalam kawasan sekolah.
2. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas  di hadapan pintu pagar dan menjamin keselamatan
    anak murid yang berjalan kaki.
3. Murid-murid juga dinasihati agar tidak minum air paip dalam tandas pada bulan ramadhan ini.


Laporan Guru Bertugas Minggu Ini:
Disampaikan oleh: En Mohd Taufik Abdul Rahman

1.Cikgu Taufik menerangkan maksud jimat cermat kepada anak murid sambil bersoal jawab.
2.Antara perkara yang disentuh tentang bab penjimatan ialah berkaitan dengan elektrik, duit, air dan
   masa.
3.Murid-murid yang minum air di tandas perlu mengetahui bahawa air di dalam tangki sekolah amat
  bahaya jika diminum begitu sahaja tanpa dimasak.

Laporan Ucapan Pentadbir:En. Mohd Azmin B. Atan.

1.Beliau memberikan sedikit info tentang ;
 a. maksud puasa,
  b.  amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan puasa
  c. menerangkan kaitan nafsu dan puasa

2. Beliau juga turut memberitahu bahawa esok (Selasa) bermulanya Peperiksaan Percubaan UPSR
     2015 hingga hari khamis.Seluruh warga SKPM mendoakan kejayaan semua murid tahun 6 dan
      murid-murid juga diminta sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Ucapan Guru PSS;

1. Pn Salinda meminta murid-murid memulangkan semua buku yang telah dipinjam di PSS dan
    murid-murid tidak dibenarkan meminjam buku pada minggu ini sehinggalah Cuti Raya.


Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 8.15 pagi.

Disediakan oleh;
Kumpulan 3.





No comments: