Monday, July 13, 2015

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN KE -25

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas :

1. Pn. Rose Halina binti Jedin    ( Pengerusi Majlis )
2. Pn. Nasibah  binti  Sairi  ( Posting Blog )
3. Pn. Mahfuzah binti Ahmad Zakuan  ( Kawalan murid waktu pagi dipintu pagar)
4. Pn. Ainul Fathiah binti Mohd Fauzi  ( Kawalan murid waktu pagi dan balik di pintu pagar)
5. En. Nordin bin Mat Hussin  ( Kawalan murid waktu rehat )

Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah nyanyian yang dipimpin oleh En. Mohd Riza Feelaqiz bin Shauri. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Rose Halina binti Jedin. Seterusnya bacaan doa, bacaan Ikrar Murid dan bacaan Ikrar Keselamaan Jalan Raya dipimpin oeh pengawas yang bertugas.

Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn. Sugunah.

- Menasihati murid agar menjaga kesihatan dan memperbanyakkan minum air masak.
- Menjaga kebersihan kelas, diri dan persekitaran sekolah.

Ucapan Guru Bertugas : Pn. Rose Halina

Tema : Amalan Pemakanan Sihat.

- Menjaga pemakanan terutama di dalam bulan Ramadhan. Makan buah, sayur dan minum air masak 
  dengan kuantiti yang seimbang supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
- Amalan pemakanan sihat adalah amat penting dititikberatkan untuk menjaga kesihatan badan
  daripada sebarang penyakit kronik.

 Ucapan Guru Pen. Kanan HEM : Pn. Noraizah binti Dun

- Pemberitahuan mengenai cuti Hari Raya Aidilfitri. Murid dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati,
   menjaga diri, menjaga kesihatan dan tidak bermain mercun.
- Sekolah akan dibuka kembali pada hari Rabu 22 Julai 2015.

Hal-hal lain

1. Pemberian cenderahati  hari lahir murid yang lahir pada bulan Julai.
2. Pemberian bintang kebersihan kelas yang diungguli oleh kelas 3 cemerlang dan 5 gemilang.
3. Pemberian sijil kepada adik Alisa Siti Salina yang telah menyertai pertandingan bercerita.

Perhimpunan pada hari itu ditangguhkan dengan  nyanyian lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya murid  masuk ke dalam dewan bagi meneruskan Majlis Khatam al-Quran dan penyampaian hadiah bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seterusnya penyampaian sumbangan duit raya kepada murid anak yatim dan murid miskin SKPM.


Laporan disediakan oleh :

Pn. Nasibah binti Sairi.


Lensa Gambar








No comments: