Tuesday, July 14, 2015

Program Dasar Warga EMAs Negara

Program Dasar Warga Emas Negara telah dilaksanakan pada hari isnin 13 Julai 2015. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program tersebut.
Unit Bimbinga dan Kuanseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau meranti  kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dibahagikan kepada tiga bahagian.Dua buah kumpulan terdiri daripada guru-guru dan juga murid-murid telah dibentukkan.
Sekumpulan pergi ke rumah kebajikan Al-Ikhlas dan kumpulan yang kedua telah ke rumah seorang tua yang tinggal keseoranggan dan setelah itu kumpulan kedua juga telah ke rumah seorang ibu tunggal bersama anaknya yang OKU.
Sumbangan guru-guru dibahagian kepada tiga tempat yang di kunjungi.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk  memberi kesedaran kepada murid dan supaya mereka bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kepada kedua ibubapa.Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga tua. Sesungguhnya pertemuan singkat mampu mengubat kerinduan warga tua.


Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat:  
 1.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang     bernasib baik dan terpinggir.  
 2.   Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.   
3.  Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.   
4.  Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 
5.  Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada  masa akan datang.








Gambar di rumah kebajikan Al-Ikhlas



Gambar bersama IBU tunggal Dan anaknya.





No comments: