Tuesday, July 28, 2015

SEGALA YANG ANDA HARGAI : Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear

28 Julai 2015 - Bertempat di Dewan SK Pulau Meranti, pagi ini telah diadakan satu ceramah berkaitan "SEGALA YANG ANDA HARGAI Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear" telah disampaikan oleh pihak Soka Gakkai Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang bahayanya senjata nuklear, aktiviti melukis dan mewarna, dan maklumat pameran berkenaan senjata nuklear.

Objektif program ini adalah:

  1. Untuk memperluas sokongan terhadap penghapusan senjata nuklear dengan menyediakan peluang untuk belajar dan mendalami isu ini dari pelbagai sudut pandangan.
  2. Untuk menyediakan maklumat dan perspektif yang memperkasakan orang untuk mengambil tindakan demi masa hadapan yang diingini.
  3. Untuk membina momentum dalam kalangan rakyat ke arah pengharaman senjata nuklear melalui perjanjian yang melarang senjata nuklear.
Sehubungan itu, satu pameran berkaitan "SEGALA YANG ANDA HARGAI Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear" akan diadakan di:
 Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia, 243 Jln Bukit Bintang
pada 8/8/2015 hingga 27/9/2015
bermula jam 9.30 pagi - 5.30 petang
Kemasukan Percuma

Sesiapa yang berminat, bolehlah hadir pada masa yang ditetapkan di atas.

Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah pada pagi ini bersama pihak Soka Gakkai Malaysia.













No comments: