Monday, July 6, 2015

TERKINI: Cuti Perayaan Hari Raya Aidil Fitri

Salam sejahtera. Makluman terkini berkaitan cuti Hari Raya Aidi Fitri. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menetapkan bahawa cuti perayaan Aidil Fitri bagi sekolah-sekolah negeri Selangor adalah mulai 15 Julai (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Selasa). Sekolah akan dibuka semula pada 22 Julai 2015 (Rabu).

Mohon maaf di atas segala kesulitan.

Kami warga SK Pulau Meranti mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada para ibu bapa dan murid-murid SKPM. Maaf zahir dan batin.

No comments: