Monday, August 31, 2015

Hari Karnival SKPM Tahun 2015


30 Ogos 2015 bersamaan hari Ahad, SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari Karnival SKPM buat julung kalinya. Hari Karnival tersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) dan Unit KO Kurikulum SK Pulau Meranti. 
 
Pihak sekolah telah menjemput Syarikat Feel Heart Entertaiment bagi menyediakan peralatan permainan pada Hari Karnival. Antaranya permainan Bounce Castle, Bicycle Tricker, Paint Ball, Zorb Ball, Water Ball, Dart Target, Ring Target, Basket Ball Target, Dodge Ball Target, Memanah dan lain-lain lagi. Bayaran dikenakan  sebanyak RM 25 bagi setiap peserta. Peserta boleh bermain kesemua permainan sehingga jam 5 petang. 
 
Antara acara lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan dan pertandingan karaoke yang bertempat di Dewan SKPM. Selain daripada itu, pihak penganjur telah menjemput agensi kerajaan dan agensi swasta bagi memeriahkan lagi Hari Karnival antaranya wakil dari  Agro Bank, Pejabat Kesihatan Sepang dan Agensi Anti Dadah. Tidak lupa cabutan bertuah juga turut diadakan pada hari tersebut.
 
Para guru dan staf tidak ketinggalan membuka gerai jualan makanan dan pakaian pada hari tersebut. Antaranya jualan minuman, rojak buah, laksa, nasi lemak, roti sandwich, mee kari, yong tau fu, ais krim, bihun sup, dadih dan banyak lagi. Semua jualan pada hari tersebut sangat laris. Semua guru dan staf telah memberikan komitmen yang tinggi pada hari tersebut. 
 
Ramai murid dan ibu bapa hadir pada hari tersebut. Semoga Hari Karnival yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SKPM, ibubapa serta penduduk Pulau Meranti.
 
 
                                                               LENSA KAMERA
 
Pertandingan Pakaian Beragam
Pameran dari Agensi Dadah
Jualan Barang Terpakai / Bundle
Permainan Bola Air
Murid sedang beratur menunggu giliran
Permainan Paint Ball
Permainan Bicycle Tricker
Permainan Ring Target
Permainan Memanah
Permainan Dart Target
Beratur menunggu giliran Bounce Castle
Pertandingan Karaoke   




Gerai jualan minuman
  
Gerai jualan makanan



  
Pemenang cabutan bertuah








Thursday, August 27, 2015

Perjumpaan Kelab/Persatuan dan Permainan

Seperti biasa, pada hari Rabu telah dijalankan aktiviti kokurikulum yang berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.
kelab dan persatuan - 2.30 - 3.30 petang
permainan - 3.30 - 4.30 petang.
Semua aktiviti telah dilaksanakan dengan lancar mengikut perancangan aktiviti yang telah dibuat.

Wednesday, August 26, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 31

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas:
1. En. Mohd Taufik
2. Pn. Salinda
3. Pn. siti Fahdilah
4. Pn. Sugunah
5. Pn. Nordiana

Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh  adik Abdul Hakimi. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Salinda selaku pengacara majlis perhimpunan serta diikuti dengan bacaan ikrar sekolah dan ikrar Keselamatan Jalan Raya.

Laporan guru bertugas minggu lepas: Pn. Noni.


Perhimpunan ditamatkan dengan menyanyi lagu Malaysia Berjaya pada pukul 7.45pagi.
Setelah itu, Program Mentor Mentee telah dijalankan sehingga 8.15 pagi.
Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah
  
Perhimpunan Rasmi
   

Program Mentor Mentee

Tuesday, August 25, 2015

Tawaran AGRO BANK di Hari Karnival SKPM

Pada Hari Karnival SK Pulau Meranti 2015 yang akan diadakan pada 30 Ogos 2015 (Ahad), pihak Agro Bank menawarkan pembukaan akaun berserta takaful kasih RM20.00. Kepada sesiapa yang berminat, sila bawa:

1) salinan surat beranak atau mykid
2) kad pengenalan ibubapa

Sekian, terima kasih.

Monday, August 24, 2015

PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh : 19 OGOS 2015 (Rabu)
Masa    : 2.30 - 4.30 petang

Perjumpaan Unit Beruniform diteruskan seperti biasa. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Melalui aktiviti ini, murid dapat memupuk sifat kepimpinan, jati diri dan nilai-nilai murni. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang hadir.

PENGAKAP



                                   
PUTERI ISLAM




TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH





BULAN SABIT MERAH



Wednesday, August 19, 2015

Pelancaran bulan Kemerdekaan

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sejarah telah melaksanakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 17 Ogos 2015, Isnin.
Bulan Ogos pada setiap tahun dikenang sebagai bulan kemerdekaan apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Sambutan bulan kemerdekaan seumpamanya secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan warga sekolah.

Objektif program :-

  • Melahirkan generasi yang mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.
  • Melahirkan insan yang tahu menilai pengorbanan dalam mencapai status negara bebas merdeka.
  • Mendorong murid-murid dan warga sekolah menjadi lebih berjaya dalam mencapai azam dan impian masing-masing.
Aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan :-
  • Pelancaran Bulan Kemerdekaan ( 17 Ogos 2015 )
  • Pertandingan mewarna Kemerdekaan (Pra sekolah & tahun1 & 2)
  • Pertandingan Kuiz Kemerdekaan ( Tahun 3 & 4 )
  • Pertandingan Sajak Kemerdekaan ( Tahun 3 & 4 )
  • Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan ( Tahun 5 & 6 )
  • Pertandingan Hiasan Kelas Patriotik
  • Pertandingan Laju Patriotik
  • Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ( 17 September 2015 )

KARNIVAL SKPM 2015


Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah dan pihak PIBG bergabung tenaga menjayakan Karnival Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

Karnival ini akan dijalankan pada Ahad 30 Ogos 2015, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti jualan, pameran, permainan dan pertandingan pakaian beragam dan karaoke  telah dirancang untuk menjayakan program ini.  

Karnival ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menaiktaraf infrastruktur fizikal sekolah. Dalam usaha untuk mengumpulkan dana ini, pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari segenap warga sekolah.  Sumbangan dan bantuan walau sekecil mana, mampu memberi impak yang besar dalam usaha membaikpulih prasarana sekolah yang semakin uzur.

Datanglah beramai-ramai menyokong usaha PIBG dan pihak sekolah. 

Monday, August 17, 2015

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2015

Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 8 - 10 September 2015. Bagi memudahkan semua warga sekolah mengetahui maklumat lanjut mengenai jadual peperiksaan UPSR boleh Klik Sini.

Selamat menghadapi PEPERIKSAAN UPSR kepada semua murid Tahun 6. Semoga kamu semua dipermudahkan dalam menjawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang.



Image result for peperiksaan


Laporan Perhimpunan Minggu ke 30

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan


Guru Bertugas:
1. En. Daud Bin Aris
2. Pn. Noni Said
3. Pn. Hayati Binti Kamis
4. Pn. Y.Nuryati
5. Pn. Yusnur Aida
Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh  adik Abdul Hakimi. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn Noni selaku pengacara majlis perhimpunan serta diikuti dengan bacaan ikrar sekolah dan ikrar Keselamatan Jalan Raya.

Laporan guru bertugas minggu lepas: Pn. Sharifah Binti Saini

-meminta semua murid menepati waktu terutama ketika berkumpul ditapak perhimpunan.
-mengingatkan murid mengenai aktiviti sekolah yang ada mestilah dimaklumkan kepada ibu bapa dengan tepat dan cepat.

Ucapan Guru Bertugas: Pn Noni Said

Tema: Menghormati Pemimpin

-memberi nasihat kepada murid mengenai cara menghormati pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pemimpin sekolah dan pemimpin keluarga.
-Di sekolah murid perlu ada rasa hormat kepada semua guru- guru dan mematuhi segala arahannya.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

-Pelancaran telah disempurkan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad selaku Guru Besar SKPM.


-Pelancaran dimulakan dengan memotong reben setiap satu huruf dan laungan kemerdekaan oleh Pn. Guru Besar dan diikuti oleh semua warga SKPM.
- Seterusnya diikuti dengan deklamasi sajak, lakonan dan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.


Pemberian Anugerah Murid 5A dan 4A

- Pn. Guru Besar telah berbesar hati menganugerahkan murid tahun 6 yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam percubaan UPSR.

Perhimpunan ditamatkan dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya


Laporan disediakan oleh:
DAUD BIN ARIS