Monday, August 17, 2015

Bengkel Pengurusan STRESS dan Pengurusan PERSONALITI


Pada 13 Ogos 2015, Khamis lepas Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SKPM telah menganjurkan sebuah ladap yang bertajuk "Pengurusan Stress". Penceramah jemputan adalah Pn. Tilagavathi a/p Kaliannan. Beliau merupakan kaunselor di SMK Sungai Pelek. Beliau memberikan ceramah bagaimana untuk mengenali tahap tekanan yang dihadapi oleh guru-guru dengan menggunakan inventori. Selain itu, beliau juga memberi panduan yang dapat digunakan oleh guru-guru dan staf SKPM mengatasi tekanan masing-masing.





 

 



Pada 15 Ogos 2015, Sabtu Ladap kedua telah dilaksanakan. Tajuk bagi ladap tersebut adalah
" Pengurusan Personaliti ". Penceramah jemputan adalah En. Cr. Indran Subrumanian, Pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki dan beliau juga merupakan kaunselor berdaftar. Beliau memberi ceramah mengenai etika bepakaian, penampilan dan perwatakan diri serta mengenali personaliti diri melalui tarikh lahir dan lukisan.










No comments: