Thursday, August 6, 2015

CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS UNIT BERUNIFORM

29 Julai 2015- Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong dengan kerjasama Unit Ko-kurikulum dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART, Pulau Meranti telah menganjurkan Ceramah Pertolongan Cemas Unit Beruniform sebagai salah satu  daripada aktiviti bagi Unit Ko-kurikulum pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Dewan SK. Pulau Meranti bermula pada jam 2.30 petang dengan di sertai oleh ahli- ahli Unit Beruniform daripada Persatuan Puteri Islam Malaysia, Tunas kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia. Selain murid- murid, program ini juga di sertai oleh semua guru penasihat dari setiap Unit Beruniform tersebut.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid dalam memberi khidmat pertolongan cemas. Pelbagai jenis ikatan anduh seperti kecederaan patah tangan, kaki, jari dan kecederaan di kepala dapat dipelajari oleh murid- murid melalui tayangan slaid dan demontrasi yang telah di sampaikan  oleh pihak SMART dengan diketuai oleh KPL Mohd Bukhairi Akmal b. Esmon dan di bantu oleh  KPL Mohd Azraee b. Suleiman, PB Mohamad Najib b. Abdul Rahman dan PB Ronny Anak Lumat. Selain itu, perjalanan program di isi dengan demontrasi ikatan anduh daripada murid dan kuiz. Murid- murid dilihat telah memberikan kerjasama yang cukup baik. 

Semoga dengan program ini akan memberi lebih kefahaman kepada murid- murid dalam memberi pertolongan cemas dan membantu apabila khidmat mereka diperlukan. Pihak sekolah mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada pihak SMART atas perkongsian ilmu dan kerjasama ini.






Di sediakan oleh,
Unit TKRS

No comments: