Monday, August 31, 2015

Hari Karnival SKPM Tahun 2015


30 Ogos 2015 bersamaan hari Ahad, SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari Karnival SKPM buat julung kalinya. Hari Karnival tersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) dan Unit KO Kurikulum SK Pulau Meranti. 
 
Pihak sekolah telah menjemput Syarikat Feel Heart Entertaiment bagi menyediakan peralatan permainan pada Hari Karnival. Antaranya permainan Bounce Castle, Bicycle Tricker, Paint Ball, Zorb Ball, Water Ball, Dart Target, Ring Target, Basket Ball Target, Dodge Ball Target, Memanah dan lain-lain lagi. Bayaran dikenakan  sebanyak RM 25 bagi setiap peserta. Peserta boleh bermain kesemua permainan sehingga jam 5 petang. 
 
Antara acara lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan dan pertandingan karaoke yang bertempat di Dewan SKPM. Selain daripada itu, pihak penganjur telah menjemput agensi kerajaan dan agensi swasta bagi memeriahkan lagi Hari Karnival antaranya wakil dari  Agro Bank, Pejabat Kesihatan Sepang dan Agensi Anti Dadah. Tidak lupa cabutan bertuah juga turut diadakan pada hari tersebut.
 
Para guru dan staf tidak ketinggalan membuka gerai jualan makanan dan pakaian pada hari tersebut. Antaranya jualan minuman, rojak buah, laksa, nasi lemak, roti sandwich, mee kari, yong tau fu, ais krim, bihun sup, dadih dan banyak lagi. Semua jualan pada hari tersebut sangat laris. Semua guru dan staf telah memberikan komitmen yang tinggi pada hari tersebut. 
 
Ramai murid dan ibu bapa hadir pada hari tersebut. Semoga Hari Karnival yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SKPM, ibubapa serta penduduk Pulau Meranti.
 
 
                                                               LENSA KAMERA
 
Pertandingan Pakaian Beragam
Pameran dari Agensi Dadah
Jualan Barang Terpakai / Bundle
Permainan Bola Air
Murid sedang beratur menunggu giliran
Permainan Paint Ball
Permainan Bicycle Tricker
Permainan Ring Target
Permainan Memanah
Permainan Dart Target
Beratur menunggu giliran Bounce Castle
Pertandingan Karaoke   




Gerai jualan minuman
  
Gerai jualan makanan



  
Pemenang cabutan bertuah








No comments: