Monday, August 17, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke 30

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan


Guru Bertugas:
1. En. Daud Bin Aris
2. Pn. Noni Said
3. Pn. Hayati Binti Kamis
4. Pn. Y.Nuryati
5. Pn. Yusnur Aida
Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh  adik Abdul Hakimi. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn Noni selaku pengacara majlis perhimpunan serta diikuti dengan bacaan ikrar sekolah dan ikrar Keselamatan Jalan Raya.

Laporan guru bertugas minggu lepas: Pn. Sharifah Binti Saini

-meminta semua murid menepati waktu terutama ketika berkumpul ditapak perhimpunan.
-mengingatkan murid mengenai aktiviti sekolah yang ada mestilah dimaklumkan kepada ibu bapa dengan tepat dan cepat.

Ucapan Guru Bertugas: Pn Noni Said

Tema: Menghormati Pemimpin

-memberi nasihat kepada murid mengenai cara menghormati pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pemimpin sekolah dan pemimpin keluarga.
-Di sekolah murid perlu ada rasa hormat kepada semua guru- guru dan mematuhi segala arahannya.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

-Pelancaran telah disempurkan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad selaku Guru Besar SKPM.


-Pelancaran dimulakan dengan memotong reben setiap satu huruf dan laungan kemerdekaan oleh Pn. Guru Besar dan diikuti oleh semua warga SKPM.
- Seterusnya diikuti dengan deklamasi sajak, lakonan dan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.


Pemberian Anugerah Murid 5A dan 4A

- Pn. Guru Besar telah berbesar hati menganugerahkan murid tahun 6 yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam percubaan UPSR.

Perhimpunan ditamatkan dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya


Laporan disediakan oleh:
DAUD BIN ARIS

No comments: