Wednesday, September 16, 2015

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2015

11, 12 dan 13 September- Telah diadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Seramai 68 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut dengan 27 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SKPM.

Pada tahun ini, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform diadakan selama 3 hari 2 malam. Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut ialah, Slot LDK- Kepimpinan, Kerjasama dan sikap toleransi diantara ahli kumpulan, pertandingan apresiasi seni, pertandingan ikhtiar hidup dan pertandingan membuat gajet.

Semua aktiviti yang dijalani oleh setiap peserta akan dinilai dan diberi pemarkahan. Ini bagi menetukan kumpulan terbaik yang dipilih oleh fasilitator. Manakala murid lelaki versatile telah diberikan kepada adik Mohd Syamil Hafiz bin Mohd Mokhzir dan murid perempuan terbaik telah diberikan kepada adik Nur Syamimi binti Saiful Aduka.

Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan disempurnakan penutupannya oleh Guru Besar Pn. Siti Habsah binti Ahmad dan acara bergambar kenang-kenangan.


Gambar sekitar aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

Slot Orientering : Memandu Arah 

Slot LDK Ketahanan Diri

Aktiviti fizikal yang dijalankan


Slot LDK- 





Slot Membuat Gajet oleh setiap kumpulan
Kumpulan 6 sedang gigih menyiapkan gajet rak kasut
Kumpulan 3 gigih menyiapkan gajet rak pinggan.
Kerjasama kumpulan penting dalam aktiviti setiap yang dijalankan.
Petandingan Ikhtiar Hidup. Iaitu menyediakan hidangan
 untuk dimakan bersama ahli kumpulan.
Kumpulan 6 gigih memasak hidangan yang disediakan.
Pn. Noni dan Pn. Hayati selaku juri pertandingan masakan Ikhtiar hidup


Ice Breaking











LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 33 2015

  • Tarikh : 14 September 2015
  • Masa : 7.45 – 8.15 pagi
  • Tempat : Dataran Perhimpunan
 Guru Bertugas:
  1. En. Mohd Helmi bin Jumri
  2. Pn. Suriatie bt Che Lah
  3. Pn. Norjaya bt Sumaleh
  4. Pn. Norhalida bt Ishak (Cuti Bersalin) Diganti oleh Cik Nadiah
  5. Pn. Saliza bt Ahmad Salleh
  6. Tn. Hj Abd Razak bin Abu Bakar
  7.  Pn. Noor Rashedah

 Aktiviti (Minggu TKRS)
  • Pengerus Majlis : Nur Alya Damia bt Hasniruddin (5 Gemilang)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah
                                 Dikendalikan oleh Pn. Saliza bt Ahmad Salleh
  • Bacaan Doa : Muhammmad Kamarul Hisham(6 Cemerlang)
  • Ikrar Rukun Negara: Pn. Saliza bt Ahmad Salleh
  • Ikrar Sekolah :: Muhammad Afiq Danish bin Hasniruddin (3 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammmad Kamarul Hisham(6 Cemerlang)
 


                                 
Ucapan  Mingguan
  • Tema  : Muhibbah
  • Disampaikan oleh Nur Alya Damia bt Hasniruddin
  • Menerangkan maksud muhibbah.
  • Memberi contoh aktiviti muhibbah yang boleh diamalkan oleh murid.
  • Murid perlu mengamalkan amalan muhibbah untuk menerapkan sikap dan nilai-nilai murni.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh Pn. Diana bt Yusof
  • Tiada masalah yang dilaporkan kerana murid berehat sepanjang hari peperiksaan UPSR.
  • Murid diingatkan supaya menjaga kesihatan kerana jerebu.
  •  Murid perlu memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta minum air masak dengan banyak.
 

Disiplin Murid             : Baik dan terkawal

Ucapan Guru Penolong Kanak Kurikulum
  1. Mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 kerana telah melalui UPSR dengan baik dan tenang.
  2. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang telah mengikuti program Perkhemahan Unit Beruniform.
  3. Murid juga diingatkan supaya mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan Akhir Tahun sudah semakin hampir.
  4. Selain itu, murid perlu menjaga kesihatan dalam keadaan cuaca yang kurang sihat.
  5. Murid diberi amaran supaya tidak menggunakan wang yang rosak untuk membeli makanan/minuman/perlatan sekolah di kantin atau kedai buku kerana akan menyebabkan kerugian dan sifat yang tidak baik dalam diri murid.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

Tuesday, September 8, 2015

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN.

Permohonan Murid ke Sekolah Kawalan, SABK, SMKA, SBT, SKK, KRK & KAA 
Tingkatan 1  Tahun 2016

Permohonan Online ke Sekolah Kawalan dibuka mulai 1 September hingga 30 September 2015.
Ibu Bapa /Penjaga boleh melayari laman sesawang :
 i) http://public.moe.gov.my
ii) Ibu bapa/penjaga wajib mencetak dan menghantar permohonan yang lengkap (beserta dokumen sokongan yang disahkan) kepada Guru Kelas.
iii) Manual ibu bapa turut disediakan dalam laman sesawang berkenaan.

Sekolah SBT
i) SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi
ii)SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya

SMKA
i) SMKA Sabak Bernam
ii)SMKA Kuala Selangor
iii)SMKA Maahad Hamidiah Kajang

Sekolah Yang Menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Aliran Agama (KAA) Sepang
i) SMK Bandar Baru Salak Tinggi
ii) SMK Seri Sepang
iii)SMK Sungai Rawang
iv)SMK Pantai Sepang Putra
v) SMK Cyberjaya
vi) SMK Dengkil
vii) SMK DABB



Monday, September 7, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke 33

Tarikh: 7/9/2015
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru bertugas:
1.       En. Ibrahim
2.       Pn. Nurhafizah
3.       Pn. Diana
4.       Pn. Che Mariah
5.       Pn. Norsaliza

Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Nurhafizah bt Udin. Seterusnya bacaan doa oleh Abu Bakar. Bacaan Ikrar murid oleh Amir Aniq dan bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Kamarul.





Laporan Guru bertugas minggu lepas: Pn. Ainul
-Menegur murid-murid supaya biasakan hadir awal dan bersarapan awal sebelum perhimpunan pagi bermula.




Ucapan Guru bertugas: Pn. Nurhafizah bt Udin
Tema: Hormat-menghormati

-Memberi nasihat supaya murid-murid sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati kepada guru-guru di sekolah, rakan-rakan, ibu bapa dan adik beradik, serta orang yang lebih tua.
-Murid-murid yang hormat kepada orang lain adalah murid yang baik.



Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum: Pn. Nora bt Yusof

-Mengingatkan murid Tahun 6 bahawa UPSR akan bermula pada 8, 9 dan 10 September .
-Didoakan supaya murid Tahun 6 supaya dapat menjawab dengan tenang. Selain itu, murid diingatkan jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Murid diminta menjawab soalan dengan tenang, baca doa sebelum menjawab soalan dan banyakkan zikir.
-Bagi murid yang perlu hadir ke sekolah mengikut hari yang telah ditetapkan, diminta berkumpul di kantin sekolah. Guru-guru akan membawa mereka ke kelas masing-masing yang telah ditetapkan.
8/9/15 (Selasa) – Tahun 3 dan Prasekolah yang perlu hadir ke sekolah.
9/9/15 (Rabu) – Tahun 2 dan Prasekolah yang perlu hadir ke sekolah.
10/9/15 (Khamis) – Tahun 1 dan Prasekolah yang perlu hadir ke sekolah.


Penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang menyambut Hari Lahir bulan September 2015.



Perhimpunan ditangguhkan dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya murid masuk ke kelas masing-masing.

Disediakan oleh:
Pn. Diana bt Mohd Yusoff

(Guru Bertugas)

Friday, September 4, 2015

Majlis Restu Ilmu


04 September 2015 ( Jumaat ) - Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru bermula dari Prasekolah hinggalah Tahun 6. Majlis ini bermatlamat untuk menyuntik semangat calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

Bermula jam 7.45pagi semua warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan bagi menyertai bacaan Surah Yaasin. Setelah selesai bacaan Yaasin semua guru dan murid Tahun 6 serta murid Tahun 5 Cemerlang masuk ke dewan bagi menunaikan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi Bin Jumri.

Setelah selesai menunaikan solat, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid iaitu Adik Muhammad Muqri dari Tahun 6 Gemilang. Seterusnya ucapan guru penyelaras setiap tahun dari Prasekolah hingga Tahun 6.  Dan akhir sekali ucapan dari bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad. Beliau menasihati agar semua calon UPSR menjawab soalan dengan tenang dan teliti. 

Majlis diteruskan lagi dengan serahan sumbangan alat tulis oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang saudara Norazli bin Said yang merupakan wakil YB Shahrum Bin Dato Sharif. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan. Akhir sekali, kepada semua calon UPSR diucapkan "Maa'ttaufiq Wannajah Fil Imtihan" UPSR 2015. 


Taklimat ringkas diberikan sebelum bermulanya solat sunat.
Murid khusyuk mendengar taklimat.

Murid tenang mendengar tazkirah.
Solat sunat secara berjemaah.
Para guru tidak ketinggalan solat bersama murid.
Ucapan pengerusi majlis.
Gambar bersama wakil YB Shahrum selepas serahan alat tulis.
Calon UPSR sedang 'selfi' bersama Ketua Pemuda Umno.




Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR


3 September 2015 ( Khamis )- Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR yang diadakan baru-baru ini dapat diadakan dengan jayanya. Ini merupakan kali kedua pihak sekolah dengan kerjasama Masjid Meranti mengadakan majlis seperti ini.  Majlis  ini telah diadakan di Masjid Meranti, Kg Pulau Meranti. 

Seawal jam 6.30 petang para guru beserta AJK Masjid telah hadir ke masjid bagi membuat persiapan majlis. Pada jam 7.00 malam murid-murid bersama ibubapa masing-masing datang ke Masjid Pulau Meranti untuk sesi pendaftaran. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Semua jemaah masuk ke Dewan Solat untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. 

Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat hajat. Solat kali ini diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Idrus b Shahlan selaku Imam 1, Masjid Meranti. Setelah selesai menunaikan solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Setelah selesai membaca surah Yaasin, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. 

Usai membaca doa, para jemaah dijemput menikmati hidangan  nasi lemak dan sirap ais. Jamuan makan telah ditaja oleh pihak masjid. Kehadiran ibubapa dan murid pada kali ini sangat memberangsangkan. Majlis tamat pada jam 10.00 malam. Semua guru dan AJK Masjid yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Kedua bagi sesi 2015 diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira. Sekian.
 
LENSA KAMERA 

Sesi pendaftaran
Jemaah muslimin
Bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Ustaz Idrus
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Jemaah muslimat
Jemaah muslimat sedang menunaikan solat.
Jamuan makan
Para jemaah beratur mengambil makanan
Para guru turut hadir membantu.
Para jemaah sedang menikmati jamuan.