Friday, September 4, 2015

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR


3 September 2015 ( Khamis )- Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR yang diadakan baru-baru ini dapat diadakan dengan jayanya. Ini merupakan kali kedua pihak sekolah dengan kerjasama Masjid Meranti mengadakan majlis seperti ini.  Majlis  ini telah diadakan di Masjid Meranti, Kg Pulau Meranti. 

Seawal jam 6.30 petang para guru beserta AJK Masjid telah hadir ke masjid bagi membuat persiapan majlis. Pada jam 7.00 malam murid-murid bersama ibubapa masing-masing datang ke Masjid Pulau Meranti untuk sesi pendaftaran. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Semua jemaah masuk ke Dewan Solat untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. 

Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat hajat. Solat kali ini diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Idrus b Shahlan selaku Imam 1, Masjid Meranti. Setelah selesai menunaikan solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Setelah selesai membaca surah Yaasin, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. 

Usai membaca doa, para jemaah dijemput menikmati hidangan  nasi lemak dan sirap ais. Jamuan makan telah ditaja oleh pihak masjid. Kehadiran ibubapa dan murid pada kali ini sangat memberangsangkan. Majlis tamat pada jam 10.00 malam. Semua guru dan AJK Masjid yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Kedua bagi sesi 2015 diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira. Sekian.
 
LENSA KAMERA 

Sesi pendaftaran
Jemaah muslimin
Bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Ustaz Idrus
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Jemaah muslimat
Jemaah muslimat sedang menunaikan solat.
Jamuan makan
Para jemaah beratur mengambil makanan
Para guru turut hadir membantu.
Para jemaah sedang menikmati jamuan.


No comments: