Friday, September 4, 2015

Majlis Restu Ilmu


04 September 2015 ( Jumaat ) - Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru bermula dari Prasekolah hinggalah Tahun 6. Majlis ini bermatlamat untuk menyuntik semangat calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

Bermula jam 7.45pagi semua warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan bagi menyertai bacaan Surah Yaasin. Setelah selesai bacaan Yaasin semua guru dan murid Tahun 6 serta murid Tahun 5 Cemerlang masuk ke dewan bagi menunaikan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi Bin Jumri.

Setelah selesai menunaikan solat, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid iaitu Adik Muhammad Muqri dari Tahun 6 Gemilang. Seterusnya ucapan guru penyelaras setiap tahun dari Prasekolah hingga Tahun 6.  Dan akhir sekali ucapan dari bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad. Beliau menasihati agar semua calon UPSR menjawab soalan dengan tenang dan teliti. 

Majlis diteruskan lagi dengan serahan sumbangan alat tulis oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang saudara Norazli bin Said yang merupakan wakil YB Shahrum Bin Dato Sharif. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan. Akhir sekali, kepada semua calon UPSR diucapkan "Maa'ttaufiq Wannajah Fil Imtihan" UPSR 2015. 


Taklimat ringkas diberikan sebelum bermulanya solat sunat.
Murid khusyuk mendengar taklimat.

Murid tenang mendengar tazkirah.
Solat sunat secara berjemaah.
Para guru tidak ketinggalan solat bersama murid.
Ucapan pengerusi majlis.
Gambar bersama wakil YB Shahrum selepas serahan alat tulis.
Calon UPSR sedang 'selfi' bersama Ketua Pemuda Umno.




No comments: