Friday, October 30, 2015

PROGRAM AWAL REMAJA 2015

29 Oktober Khamis, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan sebuah program yang bertajuk " Awal  Remaja 2015".
Pada usia memasuki 12 tahun, kanak-kanak mula memasuki transisi ke alam remaja. Pada peringkat ini, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku termasuk juga perubahan seksologi. Mereka perlu dibimbing cara dan bagaimana menghadapinya juga melindunginya.
Penceramah jemputan yang dijemput adalah En. Hafizzal Ramli dari Wirajaya Excellent dan beliau berpengalaman selama 6 tahun dalam bidang motivasi.












Monday, October 26, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke 39


Tarikh    :  26 Oktober 2015
Hari        :  Isnin
Masa      :  7.30 -8.15 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SKPM


Guru Bertugas
En Nordin B Mat Hussin
Pn Wan Sarinah Bt Wan Ibrahim
Pn Nasibah Bt Sairi
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan
Pn Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi 
Pn Rose Halina Bt Jedin    


Perhimpunan minggu ke 39 dipengerusikan
oleh Cikgu Nordin Bin Mat Husin.
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Abu Bakar


Ikrar Murid diketuai oleh Adik Hakimi Aiman.
Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Adik Adam Harith.

Perhimpunan Minggu ke-39 dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan  bacaan doa diketuai oleh Adik Muhammad Abu Bakar As-Siddiq. Majlis diteruskan lagi dengan Ikrar Rukunegara dipimpin oleh Cikgu Nordin, Ikrar Murid oleh Adik Hakimi Aiman dan Ikran Keselamatan Jalan Raya oleh Adik Adam Harith.

Memandangkan minggu ini merupakan minggu peperiksaan, Cikgu Nordin mengingatkan agar semua murid sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku sepanjang minggu peperiksaan. Masa yang terluang harus diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan. Akhir sekali, beliau mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun kepada semua murid SKPM.



Dilaporkan oleh :
Guru Bertugas Minggu ke 39


Friday, October 23, 2015

Laporan Minggu ke-38

LAPORAN  MINGGU KE-38


TARIKH : 19 Oktober 2015 - 23 Oktober 2015
Guru Bertugas :

1. En. Mohd Taufik Bin A.Rahman    ( Pengerusi Majlis )
2. Pn. Salinda Binti Kadri ( Blog )
3. Pn. Siti Fadhilah  Zahari ( Kawalan murid waktu pagi dipintu pagar )
4. Pn. Sugunah ( Kawalan murid waktu pagi dan balik di pintu pagar )
5. Pn. Nordiana Amiruddin  ( Kawalan murid waktu rehat )

Laporan:
Disebabkan fenomena jerebu yang melanda negara kita Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sekolah-sekolah di negeri Selangor perlu ditutup bermula dari 19 Oktober hingga 20 Oktober. Penutupan ini melibatkan murid , guru dan kakitangan sekolah.
           Sekolah telah dibuka semula pada hari Jumaat (23 Oktober) seperti biasa dengan bacaan Yassin pada perhimpunan pagi. Seterusnya, peperiksaan akhir tahun diteruskan pada pukul 8.30 pagi bagi tahap 1 dan tahap 2. Selepas rehat tahap 1 pula, telah diadakan program Yeos bersama murid tahap 2.Sekolah berakhir seperti biasa pada jam 12.05 tengah hari.

Monday, October 19, 2015

Lawatan ke Perak Darul Ridzwan 2015


Pada 17 Oktober hari sabtu jam 7.00 pagi program Lawatan Sambil Belajar telah bertolak ke Perak dengan disertai oleh murid seramai 51 orang dan guru pengiring 8 orang diketuai oleh Pn Sugunah.
Tempat-tempat yang dilawati adalah:
1) Masjid Ubbudiah
2) Istana Iskandariah
3) Muzium lama di Kuala Kangsar
4) Muzium Taiping
5) Zoo Taiping
6) Bukit Merah Waterpark
Sepanjang lawatan ini banyak perkara baru dan menyeronokkan dialami oleh para peserta.Rombongan selamat sampai di SKPM pada jam 9.30 malam pada 18hb. Oktober 2015.








Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara 2015


Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 



Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu, SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara. 

Sambutan Hari Sukan Negara SK Pulau Meranti telah dimulakan dengan acara senamrobik seluruh warga SK Pulau Meranti yang dipimpin oleh Puan Saliza, Puan Yusnur Aida dan Encik Riza Feelaqiz. Pelbagai gelagat dan aksi warga SK Pulau Meranti yang mencuit hati dapat dilihat apabila acara senamrobik ini dijalankan.




Selepas aktiviti senamrobik, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, bersesuaian dengan aktiviti yang telah dirancang. Bersesuaian dengan sambutan Hari Sukan Negara, beberapa permainan yang menarik mengikut darjah telah dijalankan serentak, antaranya:

1. Bola Beracun (Pra-Sekolah)
2. Cabut Ekor (Pra-Sekolah)
3. Bola Keranjang (Tahun 1)
4. Bola Baling (Tahun 2)
5. Dodgeball (Tahun 3)
6. Bola Tampar (Tahun 4)
7. Hoki (Tahun 5)
8. Bola Sepak (Tahun 6)

Setelah selesai aktiviti permainan ini, telah dijalankan pertandingan mewarna sempena Hari Kanak-Kanak yang akan dijalankan pada 23 Oktober ini. Program Hari Sukan Negara ini berakhir pada jam 1.00 petang.

Laporan disediakan oleh:
Mr. Amir Mohamad.

lensa gambar