Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara 2015


Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 



Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu, SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara. 

Sambutan Hari Sukan Negara SK Pulau Meranti telah dimulakan dengan acara senamrobik seluruh warga SK Pulau Meranti yang dipimpin oleh Puan Saliza, Puan Yusnur Aida dan Encik Riza Feelaqiz. Pelbagai gelagat dan aksi warga SK Pulau Meranti yang mencuit hati dapat dilihat apabila acara senamrobik ini dijalankan.




Selepas aktiviti senamrobik, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, bersesuaian dengan aktiviti yang telah dirancang. Bersesuaian dengan sambutan Hari Sukan Negara, beberapa permainan yang menarik mengikut darjah telah dijalankan serentak, antaranya:

1. Bola Beracun (Pra-Sekolah)
2. Cabut Ekor (Pra-Sekolah)
3. Bola Keranjang (Tahun 1)
4. Bola Baling (Tahun 2)
5. Dodgeball (Tahun 3)
6. Bola Tampar (Tahun 4)
7. Hoki (Tahun 5)
8. Bola Sepak (Tahun 6)

Setelah selesai aktiviti permainan ini, telah dijalankan pertandingan mewarna sempena Hari Kanak-Kanak yang akan dijalankan pada 23 Oktober ini. Program Hari Sukan Negara ini berakhir pada jam 1.00 petang.

Laporan disediakan oleh:
Mr. Amir Mohamad.

lensa gambar































No comments: