Monday, October 12, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-37

Tarikh   : 12 Oktober 2015
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti
Masa   : 7.45 pagi - 8.15 pagi
Guru Bertugas :

1. Pn. Hayati Binti Kamis    ( Pengerusi Majlis )
2. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof  ( Posting Blog )
3. En. Daud Bin Aris  ( Kawalan murid waktu pagi dipintu pagar )
4. Pn. Noni Binti Said ( Kawalan murid waktu pagi dan balik di pintu pagar )
5. Pn. Y. Nuryati  Binti Abu Bakar ( Kawalan murid waktu rehat )

Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah nyanyian yang dipimpin oleh En. Mohd Riza Feelaqiz bin Shauri. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Hayati Binti Kamis. Seterusnya bacaan doa, bacaan Ikrar Murid dan bacaan Ikrar Keselamaan Jalan Raya dipimpin oeh pengawas yang bertugas.

Laporan guru bertugas minggu lepas : En. Yusnizan Bin Ahmad Marzuki

  • Menasihati murid agar menjaga kesihatan dan memperbanyakkan minum air masak.
  • Menjaga kebersihan kelas, diri dan persekitaran sekolah kerana sampah dilihat merata-rata di kawasan sekolah.
  • Setiap murid harus bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekolah.

Ucapan Guru Bertugas : Pn. Hayati Binti Kamis

Tema : Menghargai Masa

  • Menghargai masa yang terluang dengan membaca buku kerana peperiksaan akhir tahun akan berlangsung pada minggu ini.
  • Masa itu emas jadi gunakanlah masa dengan sebaik mungkin dengan mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 Ucapan Guru Pen. Kanan Pentadbiran : En. Mohd Azmin Bin Atan

  • Mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah menjayakan Hari Sukan Negara dan Sambutan Hari Kanak-Kanak  yang diadakan pada hari sabtu yang lepas.
  • Pemberitahuan mengenai Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) yang akan bermula pada minggu ini dan minggu hadapan.
  • En. Mohd Azmin berharap semua murid bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.
  • Pemberitahuan mengenai cuti Hari Awal Muharam pada 14 oktober 2015.
  • Semua murid perlu tanamkan sifat bertanggungjawab dan disiplin dalam apa jua yang dilakukan kerana ia mencerminkan sifat peribadi seseorang individu.

Hal-hal lain

  1. Pemberian pingat kepada adik Muhammad Afiq Danish Bin Hasniruddin (3G) yang telah berjaya merangkul Pemain Berkemahiran Terbaik dalam Karnival Bola Sepak Tunas Selangor 2015.
  2. Pemberian trofi kepada pasukan bola sepak Sk Pulau Meranti.

Perhimpunan pada hari ini ditangguhkan dengan  nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

Laporan disediakan oleh :
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
(Guru Bertugas Minggu ke-37)


Lensa Gambar 







No comments: