Wednesday, November 25, 2015

SESI PERSEKOLAHAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan 2016 akan beroperasi seperti ketetapan berikut:

            2.1 Sesi pagi tahun 1, 4, 5 dan 6

TAHUN 1
TAHUN 4 - 6

Waktu 
masuk
Waktu
 balik

Waktu Masuk
Waktu 
balik
Isnin-Khamis
7.30am
12.50pm
Isnin-Khamis
7.30am
1.20pm
Jumaat
7.30am
11.50am
Jumaat
7.30am
11.50am

2.2 Sesi petang tahun 2 dan 3

TAHUN  2 & 3

Waktu 
masuk
Waktu
 balik
Isnin-Khamis
1.30pm
6.50pm
Jumaat
2.30pm
6.50pm

            2.3.Aktiviti kokurikulum

HARI
TAHUN
MASA AKTIVITI
MASA REHAT
Rabu
4,5,dan 6
2.30 pm – 
4.30pm
1.30pm-
2.30pm
3
7.30am – 10.00am
8.30am-
9.00am




PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SKPM 1970-1975

Pada 22 November (Ahad) yang lalu telah berlangsung satu perjumpaan bekas pelajar SKPM batch 1970-1975. Sudah 40 tahun berlalu mereka meninggalkan sekolah yang banyak meninggalkan kenangan buat mereka, sudah tentu pertemuan ini banyak menyingkap memori silam. Turut hadir adalah mantan guru yang pernah mengajar mereka dahulu. Semoga pertemuan ini dapat membawa perubahan kepada SKPM, dapat membantu pihak sekolah dalam membangunkan prasarana sekolah serta memberi sumbangan kepakaran dalam bidang masing-masing. Tahniah buat pelajar batch 1970-1975


Sunday, November 22, 2015

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2016


Program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada 21 November 2015 berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 120 orang murid Tahun 1 2016 telah hadir pada hari ini dan mereka dibahagikan kepada 4 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik.

Murid-murid kemudiannya berkumpul di tapak perhimpunan sebelum dibawa ke kelas untuk menduduki Ujian Diagnostik. Ibu bapa / penjaga seterusnya berkumpul di Dewan SKPM untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan PBS dan Transisi dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Azmin Bin Atan. Seterusnya, taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh Encik Daud bin Aris selaku guru disiplin SK Pulau Meranti. Taklimat berkaitan Frog VLE pula disampaikan oleh Puan Saliza Binti Ahmad Salleh. Manakala Taklimat LINUS 2.0 disampaikan oleh Puan Yusnur Aida Binti Yusof. Sementara itu, murid-murid Tahun 1 telah dibawa untuk mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. Sesi penyerahan buku teks telah diadakan selepas selesai semua taklimat.

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Diucapkan selamat datang kepada semua Warga baru SKPM!











Laporan disediakan oleh;
Puan Yusnur Aida Binti Yusof 
Encik Ridzuan Amir Bin Mohamad
(J/kuasa Dokumentasi Dan Blog)



Thursday, November 19, 2015

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, GRADUASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH 2015

Sepang, 18 November 2015 -Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan  Prasekolah. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Kemudian diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar, Puan Siti Habsah Binti Ahmad dan ucapan daripada Naib Pengerusi PIBG iaitu Datuk Hasnan Bin Abdullah. Tepat jam 8.50 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Datuk Hasnan Bin Abdullah. Rentetan majlis ini, di sertakan foto-foto ketika majlis ini berlangsung. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua Warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dalam menjayakan majlis ini.


Persembahan pembukaan oleh anak-anak Galang Maya.

Puan Nora menyampaikan anugerah bagi matapelajaran terbaik.
Senyum seindah suria...
Ibu bapa mendaftar di kaunter pendaftaran.












Syabas dan tahniah kepada semua warga SK Pulau Meranti.


Laporan disediakan oleh:
PUAN YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
ENCIK RIDZUAN AMIR BIN MOHAMAD
(J/KUASA DOKUMENTASI)

Tuesday, November 17, 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2015

Hari ini merupakan hari penentuan kepada 73 orang murid-murid tahun 6 sekolah ini. Keputusan UPSR telah pun diumumkan pagi tadi di Dewan SK Pulau Meranti. Selesai sahaja raptai Hari Anugerah Cemerlang kali ke-2, Pengacara Majlis iaitu En. Reza Feelaqiz meneruskan acara dengan pengumuman keputusan UPSR. Guru Besar, Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad menyampaikan sedikit ucapan mengenai pencapaian sekolah pada tahun ini. YDP PIBG, Dato' Mohd Mahzan juga memberikan sedikit kata-kata semangat sebelum keputusan diumumkan. 

Seterusnya, pengacara majlis mengumumkan nama murid-murid yang mendapat 5A iaitu Fatini Rauhah bt Fairuz Zamer, Muhammad Abu Bakar Ash-Shiddiq bin Mohd Mahzan, Muhammad Afiq bin Md Disa dan Muhammad Muqri Nabil bin Jefferey. Manakala murid yang mendapat 4A 1B pula adalah Alyssa Sophia bt Roslan, Nurul Ain bt Zaidi, Nur Amalin Aishah bt Heiryzan, Sufi Muazzam bin Kamaruzaman dan Muhammad Mukhriz bin Mustapha.  

Bagi guru-guru tahun 6, menerima seadanya keputusan yang telah dikeluarkan. ada yang telah dijangka dan ada yang tidak dijangka. Kami guru-guru mengucapkan tahniah kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A 1B. Kepada murid-murid yang lain, ini bukanlah pengakhiran atau penentuan hidup. Masih jauh lagi perjalanan hidup dan pencapaian yang boleh ditempa. Jadikan ini sebagai permulaan baru yang lebih baik dalam hidup anda. Kami guru-guru mendoakan semua murid-murid tahun 6 SK Pulau Meranti akan lebih berjaya di masa akan datang.















Monday, November 16, 2015

FESTIVAL KECEMERLANGAN SENI SELANGOR 2015

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan Program Kecemerlangan Seni iaitu Kelab Giat Seni Cemerlang (KGSC) dan Kelab Tunas Seni Cemerlang (KTSC) dalam Festival Kecemerlangan Seni Negeri Selangor 2015 pada 14 November 2015 bertempat di Concourse Shopping Complex, The Summit USJ Subang. Syabas dan tahniah kepada adik Nur Isma Alya Binti Azman yang telah dipilih sebagai tokoh penari cilik (Kategori sekolah rendah).Terima kasih juga kepada Puan Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti) kerana telah hadir ke festival serta sokongan yang telah diberikan kepada anak-amak Galang Maya. Rentetan festival ini, saya sertakan foto-foto sepanjang festival ini berlangsung.


Piala dan sijil penghargaan.

Tahniah kepada adik Nur Isma Alya dinobatkan sebagai tokoh penari cilik.

Bergambar bersama para pentadbir, guru-guru dan ibu bapa serta anak-anak Galang Maya.

Anak-anak Galang Maya yang terlibat dalam festival ini.

peserta-peserta bergabung tenaga dalam finale.

Tahniah kepada Encik Mohd Riza Feelaqiz.

Sijil penghargaan kepada pihak sekolah daripada pihak  JKKN Negeri Selangor.

Disediakan oleh:
PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

RAPTAI PENUH MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, GRADUASI TAHUN 6 DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2015

16 November 2015, SK Pulau Meranti telah mengadakan raptai penuh bagi Majlis Anugerah cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan Graduasi Prasekolah 2015. Raptai ini diadakan untuk melihat perjalanan program berjalan mengikut tentatif program yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua warga SK Pulau Meranti atas kerjasama dalam menjayakan raptai ini. Rentetatan itu, saya sertakan foto-foto sepanjang raptai ini dilaksanakan.











Laporan Disediakan Oleh:
PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
EN. RIDZUAN AMIR BIN MOHAMAD
(J/KUASA DOKUMENTASI 2015)