Tuesday, November 17, 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2015

Hari ini merupakan hari penentuan kepada 73 orang murid-murid tahun 6 sekolah ini. Keputusan UPSR telah pun diumumkan pagi tadi di Dewan SK Pulau Meranti. Selesai sahaja raptai Hari Anugerah Cemerlang kali ke-2, Pengacara Majlis iaitu En. Reza Feelaqiz meneruskan acara dengan pengumuman keputusan UPSR. Guru Besar, Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad menyampaikan sedikit ucapan mengenai pencapaian sekolah pada tahun ini. YDP PIBG, Dato' Mohd Mahzan juga memberikan sedikit kata-kata semangat sebelum keputusan diumumkan. 

Seterusnya, pengacara majlis mengumumkan nama murid-murid yang mendapat 5A iaitu Fatini Rauhah bt Fairuz Zamer, Muhammad Abu Bakar Ash-Shiddiq bin Mohd Mahzan, Muhammad Afiq bin Md Disa dan Muhammad Muqri Nabil bin Jefferey. Manakala murid yang mendapat 4A 1B pula adalah Alyssa Sophia bt Roslan, Nurul Ain bt Zaidi, Nur Amalin Aishah bt Heiryzan, Sufi Muazzam bin Kamaruzaman dan Muhammad Mukhriz bin Mustapha.  

Bagi guru-guru tahun 6, menerima seadanya keputusan yang telah dikeluarkan. ada yang telah dijangka dan ada yang tidak dijangka. Kami guru-guru mengucapkan tahniah kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A 1B. Kepada murid-murid yang lain, ini bukanlah pengakhiran atau penentuan hidup. Masih jauh lagi perjalanan hidup dan pencapaian yang boleh ditempa. Jadikan ini sebagai permulaan baru yang lebih baik dalam hidup anda. Kami guru-guru mendoakan semua murid-murid tahun 6 SK Pulau Meranti akan lebih berjaya di masa akan datang.















No comments: