Sunday, November 22, 2015

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2016


Program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada 21 November 2015 berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 120 orang murid Tahun 1 2016 telah hadir pada hari ini dan mereka dibahagikan kepada 4 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik.

Murid-murid kemudiannya berkumpul di tapak perhimpunan sebelum dibawa ke kelas untuk menduduki Ujian Diagnostik. Ibu bapa / penjaga seterusnya berkumpul di Dewan SKPM untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan PBS dan Transisi dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Azmin Bin Atan. Seterusnya, taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh Encik Daud bin Aris selaku guru disiplin SK Pulau Meranti. Taklimat berkaitan Frog VLE pula disampaikan oleh Puan Saliza Binti Ahmad Salleh. Manakala Taklimat LINUS 2.0 disampaikan oleh Puan Yusnur Aida Binti Yusof. Sementara itu, murid-murid Tahun 1 telah dibawa untuk mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. Sesi penyerahan buku teks telah diadakan selepas selesai semua taklimat.

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Diucapkan selamat datang kepada semua Warga baru SKPM!











Laporan disediakan oleh;
Puan Yusnur Aida Binti Yusof 
Encik Ridzuan Amir Bin Mohamad
(J/kuasa Dokumentasi Dan Blog)



No comments: