Saturday, January 30, 2016

PROGRAM KEIBUBAPAAN " SELAUT KASIH SEGUNUNG HARAPAN 2016 "

Pada 30 Januari 2016, sebuah Program Keibubapaan yang bertajuk " Selaut Kasih Segunung Harapan" telah dilaksanakan dan program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPM, Unit Peningkatan Tahun 6 serta PIBG SKPM.

LATAR BELAKANG
Program ini adalah antara program yang diadakan pada setiap awal tahun untuk ibubapa dan murid- murid tahun 6. Ibu bapa seharusnya mengetahui pelaksanaan aktiviti serta perincian setiap program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dalam merealisasikan impian semua murid - muris tahun 6 bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Disamping itu juga, program ini di harap dapat membantu mengeratkan ukhwah antara pihak sekolah dengan ibubapa yang merupakan tunjang utama bagi murid - murid. Perjumpaan ini bertujuan untuk membuat penetapan yuran peringkatan yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga bagi menampung kos pelaksanaan aktiviti murid - murid tahun 6 sepanjang tahun 2016.

OBJEKTIF

  • Menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid - murid.
  • Sasaran UPSR 2016
  • Membentangkan program peningkatan UPSR yang telah dirancang oleh Pihak Sekolah.
  • Membuat keputusan bersama dalam menetapkan amaun bayaran untuk melaksanakan Program Kecemerlangan UPSR 2016 bagi setiap murid




Pendaftaran


Galeri Ilmu




 

 
En. Wan Zayuhisyam B. Wan Yusoff
Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam Dan Budaya Sektor Pendidikan Islam  dari Jabatan Pendidikan selangor, merupaakan penceramah bagi slot pertama.

 
NYDP Datuk Hasnan menyampaikan cenderahati serta sijil kepada penceramah

Sesi bergambar

Slot kedua iaitu Pembentangan rancangan tahunan serta format baru UPSR dimulakan dengan ucapan NYDP Datuk Hasnan.

 

 

 





Tuesday, January 26, 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 4 DITANGGUH

Tarikh : 25 Januari 2016

Guru Bertugas Mingguan :

SESI PAGI-
1) Pn. Ainul Fathiah Bt. Mohd Fauzi
2) En. Mohamad Helmi B. Jumri
3) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
4) Pn. Nurhafizah Bt. Udin (Cuti Bersalin)

SESI PETANG-
1) Pn. Salinda Bt. Kadri
2) Pn. Noor Rashedah Bt. Mustaffa


Perhimpunan minggu ke 4 ditangguhkan kerana Cuti Sempena Thaipusam.

Monday, January 18, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU 3 2016

  • Tarikh            : 18 Januari 2016
  • Masa              : 3.50 petang -4.20 petng
  • Tempat          : Dataran Perhimpunan

 Guru Bertugas Sesi Petang:
  • Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

 Aktiviti
  • Pengerusi Majlis       : Puan Yusnur Aida Binti Yusof
  • Nyanyian                  : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah            
  •                                     Dikendalikan oleh Encik Mohd Reza Feelaqiz Bin Shauri
  •  Bacaan Doa             : Adham Fahmi (3 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Ikrar Sekolah            : Nur Asyikin Rosli (3 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Intan Diana Safirah (3 Gemilang)







Ucapan Guru Bertugas:
  • Tema : Menepati Masa
  • Disampaikan oleh Puan Yusnur Aida Binti Yusof
  • Guru menyampaikan ucapan dengan memberi maksud  apa itu menepati masa kepada murid.
  • Menepati masa boleh didefinisikan sebagai melakukan sesuatu pekerjaan tepat pada masanya.
  • Guru menyatakan faedah-faedah menepati masa kepada murid.
  • Masa itu emas, jangan bazirkan ruang waktu yang ada.
  • Murid yang menepati masa akan hadir awal ke sekolah iaitu datang awal ke sekolah sebelum loceng dibunyikan.

Disiplin Murid             
  •  Baik dan terkawal.


Program Guru Penyayang

Hal-hal Lain

  • Memberitahu murid bahawa Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu telah diadakan pada waktu sesi persekolahan pagi. Antara aktiviti-aktiviti untuk murid Tahun 2 dan 3 ialah membina ayat, berpantun dan bercerita. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Januari sehingga bulan Februari.    

 Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU 3 2016

  • Tarikh            : 18 Januari 2016
  • Masa              : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat          : Dataran Perhimpunan

 Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
  • Pn. Sarifah bt Saini
  • En. R.Gopi a/l Rangaya

 Aktiviti
  • Pengerus Majlis        : Mohd Aniq bin Amin (5 Gemilang)
  • Nyanyian                   : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekol
  • Dikendalikan oleh Pn. Noni bt Said
  •  Bacaan Doa             : Ahmad Haiqal Aiman bin Abdul Hadi (6 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Ikrar Sekolah             : Nurul Salwa binti Shamsudin (5 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammad Syahir Azri bin Abd Aziz (6 Cemerlang)
Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Ikrar Murid


Ikrar Keselamatan Jalan Raya
Perhimpuann Unit Beruniform - Pengakap
Tema  : Menepati Masa
  • Disampaikan oleh Muhammad Aniq bin Amin
  • Menjelaskan maksud menepati masa: Melakukan sesuatu pekerjaan tepat pada masanya
  • Faedah menepati masa: Akan disenangi semua orang kerana dapat menyiapkan tugasan tepat pada masa
  • Murid yang menepati masa akan hadir awal ke sekolah.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh Pn. Norhalida bt Ishak
  • Memaklumkan aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang minggu lepas seperti pemantauan oleh PPD Sepang, JPN Selangor dan Kursus Kepimpinan Pengawas.
  • Murid diingatkan supaya tidak sering keluar ke tandas beramai-ramai.
  • Murid juga perlu mendapatkan izin guru memakai pas keluar kelas apabila keluar kelas.
  • Murid dilarang berlari-lari di dalam kelas dan duduk di kerusi dengan cara yang betul menggunakan 4 kaki kerusi.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Ucapan Guru Disiplin
  • Disampaikan oleh Pn. Ainul Fathiah bt Muhd Fauzi
  • Memaklumkan loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi
  • Semua murid perlu ada di sekolah sebelum jam 7.30 pagi
  • Surat amaran yang pertama akan dikeluarkan kepada murid yang hadir lewat pada minggu lepas.
Ucapan Guru Disiplin
Disiplin Murid             : Baik dan terkawal

Hal-hal Lain
1)      Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu
        


Ucapan Guru Besar
  • Murid-murid perlu mengambil bahagian dalam aktiviti bulan panitia untuk menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
Ucapan Guru Besar

 Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

Saturday, January 16, 2016

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN 2016


Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2016 telah dilaksanakan pada 16 Januari 2016 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini adalah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerjasama bersama Pusat Sumber Sekolah dan Unit Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugasan harian. Keterampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. Antara objektif kursus ini ialah dapat mengenalpasti nilai-nilai serta  ciri-ciri seorang pemimpin yang baik, membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin, memurnikan tugas harian dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid. Sasaran kursus ini adalah kepada Pengawas Sekolah (50 orang) dan Pengawas Pusat Sumber( 40 orang). Slot 1 dimulakan dengan Ceramah Kepimpinan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli Bin Abdul Manaf (GPK Pentadbiran SK Sungai Melut (A) Sepang). Slot 2 ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh Puan Norjaya Binti Sumaleh dan Puan Roshida Binti Nayan bagi Pengawas Sekolah. Manakala Puan Salinda Binti Kadri dan Puan Rose Halina Binti Jedin bagi LDK Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kursus ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. 


LENSA KAMERA




















Laporan Disediakan:
PUAN YUSNUR AIDA BINTI YUSOF