Friday, January 15, 2016

 


LAPORAN MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN




Perhimpunan minggu kedua kali ini dipengacarakan oleh Puan Hayati dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan juga lagu sekolah yang dikendalikan oleh Puan Noni. Bacaan doa, ikrar murid serta ikrar jalanraya disempurnakan oleh pengawas bertugas, manakala bacaan ikrar rukun negara oleh pengacara majlis sendiri.

  • Ucapan Guru Bertugas:
    • Puan Hayati memberitahu murid-murid bahawa guru bertugas minggu ini adalah:
      • Puan Hayati
      • Encik Nordin
      • Puan Nordiana
      • Puan Norhalida
      • Puan Y Nuryati
      • Encik Ridzuan Amir
  • Ucapan Guru:
    • En. Yusnizan menasihati murid-murid tentang Peraturan Sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid-murid.
    • Beliau juga meminta agar murid-murid dapat datang awal ke sekolah.
    • Beliau juga menerangkan peraturan pemakaian seragam yang betul.



  • Ucapan Jemputan oleh Sarjan Raja Jamalulil
    • Beliau telah menasihati murid-murid supaya patuh dengan peraturan sekolah dan juga tidak mengabaikan keselamatan diri.
Perhimpunan mingguan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.

Post a Comment