Monday, February 22, 2016

BENGKEL TRANSFORMASI PENDIDIKAN ABAD KE 21

Pada 20 Februari 2016, Sabtu, Unit Latihan dalam Perkhidmatan SKPM telah menganjurkan sebuah bengkel Transformasi Pendidikan Abad 21.En. Mohd Azmin B. Atan, PK Pentadbiran melaksanakan bengkel ini.

Beliau menerangkan bahawa kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan murid menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Beliau juga menerangkan bahawa pendidikan yang diberikan harus meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid dan pada masa yang sama membolehkan murid berfikir, menaakul, membuat keputusan yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan dan melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.

Slot seterusnya adalah Bilik darjah Abad - 21. Beliau menjelaskan kepentingan dan ciri- ciri bilik darjah abad ke 21. Slot ketiga pula mengenai ciri-ciri guru abad 21 dan murid abad 21 dan slot terakhir pula, beliau menerangkan mengenai pedagogi abad 21.









No comments: