Monday, February 22, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE-8

  • Tarikh            : 22 Februari 2016
  • Masa              : 3.50 petang - 4.20 petang
  • Tempat          : Dataran Kelas Pemulihan

 Guru Bertugas Sesi Petang:
  • Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Pn. Noor Rasheedah Binti Mustaffa 
  • En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri

 Aktiviti
  • Pengerusi Majlis       : En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Nyanyian                  : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah            
  •                                     Dikendalikan oleh Encik Mohd Reza Feelaqiz Bin Shauri
  •  Bacaan Doa             : Ahmad Shauki (3 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Ikrar Sekolah            : Aiza Ariana (3 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Aiza Ariana (3 Gemilang)





Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Disampaikan oleh Encik Adnan Bin Mustafa
  • Guru menyatakan ucapan terima kasih kepada semua murid kerana "Sifar Sakit" pada minggu lepas.
  • Guru memberitahu murid bahawa disiplin murid masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
  • Murid-murid akan pergi ke surau dengan diiringi oleh guru masa pelajaran tersebut dan tidak dibenarkan pergi tanpa kehadiran guru bersama.

Ucapan Guru Bertugas:
  • Tema : Sikap Tanggungjawab
  • Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Guru menyampaikan ucapan dengan memberi maksud  apa itu tanggungjawab seorang murid dan sebagai anak soleh / solehah.
  • Guru juga menerangkan tanggungjawab murid agar belajar bersungguh-sungguh dan menyiapkan kerja sekolah.
  • Guru menyatakan faedah-faedah apabila kita bertanggungjawab kepada murid.
  • Murid harus faham erti tanggungjawab kerana ianya sangat berat untuk dipikul.

Ucapan Penolong Kanan Petang:
  • Disampaikan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim
  • Guru menyatakan bahawa amalan kebersihan di persekitaran sekolah haruslah diteruskan dari segi fizikal dan rohani.
  • Kebersihan fizikal merangkumi penampilan murid itu sendiri dengan berpakaian kemas dan bersih.
  • Kebersihan rohani pula merangkumi aspek-aspek nilai murni iaitu tidak bercakap perkara-perkara yang kesat / kotor.
  • Guru juga menyatakan amalan membawa beg plastik ke sekolah perlu diteruskan untuk mengurangkan sampah-sarap di dalam kelas.  

Disiplin Murid             
  •  Baik dan terkawal.

Hal-hal Lain
  • Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa bagi Tahap 1 iaitu Tahun 3 bagi kategori lelaki dan perempuan.





 Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

Laporan Disediakan Oleh:
PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF 

No comments: