Tuesday, March 1, 2016

KEJOHANAN AKUATIK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR 2016

Pada 22 Februari hingga 26 Februari 2016, dua orang murid dari Sek Keb Pulau Meranti telah menyertai Kejohanan Akuatik MSS Selangor 2016. Kejohanan ini berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Kejohanan ini disertai oleh adik Intan Umairah tahun 5 Gemilang & Intan Anaqah tahun 2 Gemilang. Guru yang terlibat mengiringi peserta ialah Ustazah Nordiana.

Antara acara yang disertai ialah renang gaya bebas, gaya dada, gaya lentang dan gaya kupu-kupu.

Post a Comment