Thursday, March 31, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE12 - SESI PETANG

GURU BERTUGAS ;

1. PN. ROSE HALINA BINTI JEDIN
2. PN. NASIBAH BINTI SAIRI
3. PN. RAJA IZZURINAWATI
4. EN. IBRAHIM BIN ZAINUDDIN

Perhimpunan sesi petang bermula pada jam 6.10 pm - 6.40 pm. Acara dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya acara diteruskan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh adik Abdul Raziq. Ikrar Murid oleh adik Ainun Nisa, Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh adik Nor Sofea Nadia. Ikrar Rukun Negara dibaca oleh Pn. Rose Halina.

Ucapan guru bertugas minggu lepas, menekankan mengenai kebersihan diri dan peraturan disiplin sebagaimana yang terdapat dalam buku disiplin sekolah.

Ucapan guru bertugas, tema mengenai akhlak mulia dikaitkan dengan akhlak dan adab berkata-kata dengan guru dan rakan, adab di dalam kelas ketika guru mengajar. Murid diminta untuk merujuk buku disiplin sekolah sebagai panduan.

Seterusnya acara diteruskan dengan  penyampaian kek hari lahir murid yang jatuh pada bulan mac dan penyampaian sijil kepada  adik Nuradriana Batrisyia dalam acara pertandingan bercerita Bahasa Melayu yang diwakilinya ada hari rabu minggu lepas.

Ucapan PK Petang, Pn. Safinar Azura mengingatkan murid supaya perbanyakkan minum air masak dan diberi kelonggaran kepada murid lelaki dalam keadaan cuaca panas sebegini untuk tidak memakai tali leher.

Acara perhimpunan berakhir dengan lagu Malaysia Berjaya.












Laporan di sediakan oleh ;

Pn. Nasibah binti Sairi,
Guru bertugas posting blog minggu ke-12

No comments: