Friday, March 4, 2016

SEMINAR MOTIVASI MURID TAHUN 6 " MULAKAN LANGKAH PERTAMA...MENGAPAI IMPIAN"

Pada 4 Mac 2016, Jumaat, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan sebuah seminar motivasi untuk murid tahun 6 yang bertajuk " Mulakan Langkah Pertama... Mengapai impian ". Penceramah jemputan adalah En. Mohd Fazli Bin Abdul Manaf, PK Pentadbiran SK Sungai Melut (A), Sepang.

PENDAHULUAN

Program Motivasi tahun 6 merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dijadikan sebagai program tahunan SK Pulau Meranti, Puchong. Program ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa depan mereka. Program ini banyak menyumbangkan ke arah menyuntik semangat belajar para murid untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

MATLAMAT
Matlamat sebenar program ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan murid tahun 6 tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. mbangkan ke arah menyuntik semangat belajar para murid untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

OBJEKTIF
1.    Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid dalam menimba ilmu pengetahuan.
2.    Mewujudkan murid yang mempunyai azam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR.
3.    Memberi semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi murid untuk menghadapi UPSR.










No comments: