Friday, April 8, 2016

HARI BICARA AKADEMIK TAHUN 6

Jumaat 8/4/2016 - SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik khas untuk murid tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan bagi membincangkan mengenai kemajuan akademik murid tahun 6 bersama ibu bapa atau penjaga.

Program yang berlangsung selama dua jam bermula dengan bacaan yassin 7.30 pagi dan berakhir sehingga 9.30 pg.
Sesi bertemu guru kelas dan guru subjek bermula jam 8.00 pg dengan memaklumkan keputusan ujian Bulan Mac iaitu ujianFormatif 1 bagi mengetahui kemajuan anak masing-masing.

Moga perjumpaan ini mendapat manfaat dari pihak ibu bapa dan sekolah bagi menuju kecemerlangan akademik murid- murid tahun 6 dan sekaligus meningkatkan prestasi sekolah dalam UPSR 2016.




No comments: