Monday, April 11, 2016

PELANCARAN BULAN PANITIA MATEMATIK 2016

11 April 2016: Bertempat di Dataran Perhimpunan, Bulan Panitia Matematik telah dilancarkan pada pagi ini oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Acara simbolik menggunakan seni visual yang dihasilkan dari gabungan oil pastel dan cat poster telah disempurnakan oleh Guru Besar.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang bulan April sehingga 2 Mei 2016. 

Aktiviti akan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
Tahun 1 - Mencari Nombor Tersembunyi
Tahun 2 - Cepat Jawab
Tahun 3 - Teka Silang Kata
Tahun 4 - Kuiz Matematik (Mencongak)
Tahun 5 - Sudoku
Tahun 6 - Eksplorasi Matematik
LINUS - Buku Skrap Sifir

Semoga Bulan Panitia ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dalam diri murid dan semangat keyakinan diri untuk menyertai aktiviti/pertandingan yang akan diadakan.






Post a Comment