Monday, April 18, 2016

Pelancaran Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2016

Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah tahun 2016 akan dilaksanakan selama seminggu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dijalankan sepanjang minggu PPDa.



Pada 18 April 2016 - Isnin, Pelancaran telah dilaksanakan.


PENGENALAN
Kempen Minggu Anti Dadah ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai bahayanya dadah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan ilmu pengetahuan mengenai dadah supaya murid-murid mengetahui akan bahayanya dadah.
MATLAMAT
Melahirkan murid yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih daripada dadah.

OBJEKTIF
· Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya dadah.
· Menanam sikap benci kepada dadah dalam diri murid.
· Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah.
· Supaya murid faham bahawa dadah, punca keruntuhan akhlak remaja.
· Memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari
  ini dan akan datang.




Cikgu yusnizan menerangkan mengenai Kempen PPDa
Pn. Guru Besar merasmikan Kempen Anti Dadah dan diiringi oleh Datin Noraizah



Pn. Guru Besar memecahkan belon




Pn. Guru Besar menyampaikan sijil  PPDa kepada Pengawas PPDa SKPM




Membaca ikrar PPDa
Murid juga turut membuat beberapa persembahan seperti membaca sajak, lakonan dan juga menyanyikan lagu anti dadah.










No comments: