Thursday, April 21, 2016

Program Anti Dadah Dan Jenayah

Tarikh : 20 April 2016 - Rabu

Unit B&K dengan berkerjasama Unit PPDa, Unit kelab Pencegahan Jenayah dan Unit Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan sebuah program Anti Dadah Dan Jenayah.

Slot Pertama telah disampaikan oleh Sarjan Raja Jamalullai, Beliau merupakan polis perhubungan SKPM. Belaiu menyampaikan Ceramah berkaitan dengan disiplin dan jenayah. Beliau juga turut menekankan mengenai salahnya mengambil minuman "extrajoss" kerana minum tersebut mengandungi sejenis dadah. Slot pertama bermula pada pukul 2.45 petang hingga 3.30 petang.











Slot Kedua adalah demonstrasi anjing pengesan PDRM Unit K9. Tiga orang pegawai unit K9 telah menyertai program ini. Dua ekor anjing pengesan dibawa untuk menunjukkan demonstrasi pengesan dadah. Sarjan Lee menerangkan bahawa seekor anjing akan dilatih selama 4bulan untuk menjadikan sebagai anjing pengesan. Anjing - anjing ini ada pelatihnya sendiri dan ia hanya akan mendengar dan patut kepada arahan pelatihnya sahaja. 























No comments: