Wednesday, May 25, 2016

KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI KELAB DAN PERSATUAN UNIT KOKURIKULUM 2016

Pada 24 Mei 2016, Unit Kokurikulum SK Pulau Meranti telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi bagi semua unit beruniform, persatuan dan kelab permainan. Kursus bermula pada jam 12.50 tengahari bagi sesi pendaftaran murid. Seterusnya, peserta menjamu selera dan solat berjemaah di surau. Pada jam 2.15 petang, kursus dimulakan dengan bacaan doa dan tuan penceramah memulakan slotnya. Penceramah jemputan ini ialah Encik Saiful Anuar Bin Basran merupakan salah seorang guru cemerlang di Negeri Selangor. Syukur Alhamdulillah kursus kepimpinan telah berjalan dengan jayanya. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana, para peserta kursus atas komitmen yang diberikan  dan Datin Nora kerana telah meluangkan masa bersama peserta sepanjang kursus ini dijalankan.

Matlamat :
  1. Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
  2. Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri.
  3. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  4. Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid apabila mengahdapi tugas yang diamanahkan.

FOTO-FOTO SEKITAR KURSUS DIJALANKAN 

Sesi pendaftaran.
Sesi pendaftaran.


Peserta menjamu selera sebelum kursus bermula.

Peserta menjamu selera sebelum kursus bermula.

Peserta solat berjemaah.

Peserta solat berjemaah.

Peserta-peserta berada di dalam dewan.
Peserta-peserta berada di dalam dewan.


Pengerusi majlis kursus pada hari ini.

Penceramah memberikan input kepada peserta.

Penyampaian cenderahati Datin Nora kepada penceramah.

Penyampaian cenderahati Datin Nora kepada penceramah iaitu Encik Saiful Anuar Bin Basran.

Bergambar bersama tuan penceramah.

No comments: