Sunday, May 29, 2016

Majlis Hi Tea Sempena Sambutan Hari Guru 2016.

Pada 26 Mei 2016, Badan Kebajikan Guru & Staf SK Pulau Meranti telah mengadakan Jamuan Hi Tea sempena Sambutan Hari Guru 2016 yang bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. 

Majlis yang berlangsung tepat pada jam 2.30 petang itu telah berjaya mengumpulkan lebih 90% guru-guru dan kakitangan dan juga Pengerusi serta Timbalan Pengerusi PIBG SK Pulau Meranti dan telah berjalan dengan jayanya dengan majlis yang sederhana. Tema 'color block' telah dipilih untuk sambutan kali ini. 

Turut menghiasi perjalanan majlis kali ini adalah beberapa anugerah untuk guru-guru dan kakitangan yang berjaya menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan juga mengharumkan nama sekolah. Antaranya adalah:

ANUGERAH KHAS SEMPENA HARI GURU.
  1. Guru Kreatif - Puan Suriatie Che Lah
  2. Guru Inisiatif Gemilang - Encik Mohd Riza Feelaqiz Shauri
  3. Guru Dedikasi - Puan Nasibah Sairi
  4. Guru Inovasi - Puan Salinda Kadri
ANUGERAH SEMPENA HARI GURU
  1. Guru Serba Boleh - Puan Siti Fadhilah Zahari
  2. Guru Penenang Jiwa - Ustaz Mohamad Helmi Jumri
  3. Guru Penuh Ilmu - Encik Mohd Azmin Atan
  4. Kategori Staf - Puan Nurismalina Binti Ismail
  5. Guru Paling Relax - Puan Y Nuryati Abu Bakar
  6. Guru Paling Banyak Relief - Puan Sugunah a/p Ramamoorthy
  7. Guru Paling Amanah - Puan Nurhafizah Udin
  8. Guru Paling Cool - Puan Diana Mohd Yusoff
  9. Guru Pro Aktif - Puan Yusnur Aida Yusof
Berikut adalah antara gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung. Diharapkan pada masa akan datang, sambutan akan lebih meriah dan mendapat sokongan yang baik buat semua warga SK Pulau Meranti.

Untuk gambar yang lebih banyak lagi, anda boleh lihat di laman Facebook SK Pulau Meranti. 




























 

No comments: