Monday, May 9, 2016

PELANCARAN PROGRAM PELESTARIAN LINGKUNGAN (BEBAS SAMPAH) 2016

Pulau Meranti, 9 Mei 2016 -Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi pada pagi yang penuh barakah ini kami telah dapat melancarkan satu Program Pelestarian Lingkungan (Bebas Sampah) bertempat di tapak perhimpunan SK Pulau Meranti. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Encik Nordin Bin Mat Hussin dan Datin Noraizah Binti Dun (GPK HEM). Pada sesi pagi, perasmian program ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti). Manakala pada sesi petang pula telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti iaitu Puan Safinar Azura Binti Salleh.

Matlamat Program Pelestarian Lingkungan (Bebas Sampah) ialah 
  1. Melahirkan sikap yang terpuji dalam kalangan murid dan warga sekolah dalam aspek penjagaan pelestarian lingkungan dengan menekankan kebersihan persekitaran.
  2. Melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid dan warga sekolah melalui kesedaran emosi, rohani dan intelek dalam menangani sebarang situasi yang melibatkan kebersihan lingkungan.
Objektif Program Pelestaraian Lingkungan (Bebas Sampah) ialah
  1. Murid dan warga sekolah dapat melakukan tindakan membezakan sebarang sampah mengikut spesifikasi sampah yang disediakan.
  2. Murid dan warga sekolah dapat melakukan tindakan menyimpan sampah ke dalam beg plastik yang dibekalkan.
  3. Murid dan warga sekolah dapat bertindak mengutip sampah yang ditemui dalam sebarang keadaan dan tempat dengan kesedaran sendiri.

FOTO SEKITAR PELANCARAN PELESTARIAN LINGKUNGAN (BEBAS SAMPAH)
SESI  PAGI














FOTO SEKITAR PELANCARAN PELESTARIAN LINGKUNGAN (BEBAS SAMPAH)
SESI  PETANG 
 





 

No comments: