Saturday, May 28, 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut dengan meriah dengan pelbagai aksi guru-guru yang mencuit hati dengan mempamerkan pelbagai bakat tersembunyi guru-guru yang selama ini tidak diketahui oleh murid-murid.

Perhimpunan pagi yang dikendalikan oleh Kumpulan 1 Guru Bertugas Mingguan, pada pagi Khamis, 26 Mei 2016 berjaya menyatukan semua murid sesi pagi dan petang SKPM. Dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu wajib setiap kali perhimpunan, diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Helmi, majlis dimulakan dengan pemberian hadiah oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf kepada semua kakitangan SKPM oleh badan Pengawas SKPM.

Majlis kemudiannya diserikan dengan majlis pemberian hadiah dari murid-murid kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih kepada guru. Banyak lagi program yang telah dirancang, menyerikan sambutan hari guru ini -- biarlah gambar menceritakan segalanya.
















































Ucapan perpisahan oleh Puan Siti Fadhilah yang akan berpindah ke negeri Kelantan sebagai pengakhiran majlis.

Semoga segala aktiviti seperti sambutan ini akan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama guru, kakitangan dan murid-murid di SKPM. 

No comments: