Tuesday, June 28, 2016

CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI

Dimaklumkan bahawa cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri adalah mulai 2 - 10 Julai 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 11 Julai 2016 (Isnin). 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf zahir batin

dari kami 
warga SKPM buat semua


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE-23

 GURU BERTUGAS
  1. PUAN NOOR RASHEDAH BINTI MUSTAFFA
  2. PUAN MAHFUZAH BINTI AHMAD ZAKUAN
  3. PUAN YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  4. ENCIK MOHD. RIZA FEELAQIZ BIN SHAURI

MINGGU:  23
TARIKH:    27 JUN 2016
MASA:       3.10 - 3.35 PETANG
TEMPAT:   DATARAN BERBUMBUNG SK PULAU MERANTI 


 LAPORAN AKTIVITI

1. Bacaan Doa : Adik Abdul Razziq Hakimi (3G)

2. Nyanyian 3 Buah Lagu;
  •  Lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Selangor
  • Lagu Sekolah

3. Bacaan Ikrar;
  • Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah Binti Mustaffa
  • Ikrar Murid : Adik Nur Adriana Batrisyia Binti Nordin (3G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Puan Noor Rashedah Binti Mustaffa

4.Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh Puan Y.Nuryati Binti Abu Bakar.
  • Menyatakan bahawa disiplin murid pada minggu lepas dalam kawalan yang baik dan memuaskan.

5.Ucapan Guru Bertugas Mingguan
  • Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah Binti Mustaffa.
  • Menerangkan tema mingguan iaitu "Amalkan Makanan Sihat".
  • Guru menyatakan jenis-jenis makanan sunnah sepanjang di bulan Ramadhan.

4.Ucapan Penolong Kanan Petang (PK Petang)
  •  Disampaikan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim.
  • Meminta agar semua murid memberi kerjasama kepada pengawas percubaan Tahun 2.
  • Murid hendaklah memastikan kipas kelas sentiasa dimatikan suisnya sebelum meninggalkan kelas masing-masing terutama waktu rehat.
  • Murid islam boleh menunaikan solat zuhur semasa waktu rehat.
  • Setiap hari Isnin murid hendaklah berpakaian kemas dan bersih.

5.Lain-lain Hal
  • Pelantikan Pengawas Percubaan Tahun 2 telah dirasmikan oleh PK Petang.
  • Seramai 16 orang murid Tahun 2 telah dilantik.

LENSA KAMERA













Monday, June 27, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-23 / 2016

  • Tarikh : 27 JUN  2016
  • Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat : Dataran Perhimpunan

 Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1.   1. Ustaz Helmi
  2.   2. Pn. Salinda
  3. Pn. Che Mariah
  4. Pn. Pn. Nurhafizah
  5. Pn. Norsaliza

 Aktiviti
  • Pengerusi Majlis : Pn. Salinda Binti Kadri
  • Nyanyian 
  1. Lagu Negaraku
  2. Lagu Negeri Selangor
  3. Lagu Sekolah
Dikendalikan oleh Minhaj Kushairi (4G)

  • Bacaan Doa`: IRFAN IDRUS (6 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara`: PN. SALINDA BT KADRI
  • Ikrar Sekolah : ULFAH UMAIRAH (5 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : WARDAH (6 Gemilang)

Tema Minggu Ini: Makanan Berkhasiat

- Cikgu  Salinda berpesan pada murid-murid agar mengamalkan pemakanan seimbang agar murid-murid dapat tenaga yang mencukupi untuk belajar dan kegunaan seharian.
- Pada bulan puasa , murid-murid diminta banyakkan meminum air kosong semasa berbuka puasa dan pada waktu sahur .

Ucapan Guru Yang Bertugas  Pada Minggu Lepas

-Cikgu Gopi memaklumkan  murid-murid pada minggu lepas semuanya berkelakuan baik apatah lagi sempena bulan Ramadhan, murid-murid perlu mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Ucapan GPK Kokurikulum - Datin Nora Bt Yusuf

1.Perkhemahan perdana untuk tahun 4 , 5 dan 6 akan diadakan pada 5 & 6 Ogos 
2.Baju sukan akan diedarkan kepada murid-murid yang telah bayar sepenuhnya selepas Hari Raya Puasa.
3. Sesiapa yang ingin memasuki acara larian anjuran SK Taman Putra Perdana bolehlah meminta borang
    penyertaan daripada Datin Nora.                
4. Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua  murid dan murid-murid diminta agar berhati-hati semasa hari
     perayaan.

Hal-hal Lain
1. Pemenang untuk keceriaan kelas telah dimenangi oleh kelas 1 Dinamik dan 5 Gemilang.
2. Murid-murid diingatkan agar menghantar buku-buku Nilam kepada  guru-guru kelas masing agar
     pengutipan  data Nilam sukuan kedua berjalan lancar.
3. Program mentor mentee dijalankan selepas waktu perhimpunan.


Perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.


Sunday, June 26, 2016

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Jumaat, 24 Jun 2016- Panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan nuzul al-quran diperingkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk memperingati sejarah penurunan al-quran yang berlaku pada tarikh 17 ramadhan setiap tahun. Seluruh umat Islam di dunia turut meraikan peristiwa bersejarah ini. 
           Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ustaz mohd helmi bin jumri sebagai pembuka majlis dan diteruskan dengan bacaan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh adik Mohamaad Danishahmi dari kelas 6 Gemilang. Seterusnya majlis disusuli dengan ceramah tentang nuzul al-quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Effendi dari SK. Labu Lanjut. 
        Antara pengisian ceramah beliau tentang sejarah penurunan al-quran dan peristiwa peperangan yang berlaku dibulan ramadhan iaitu perang badar al-Kubra. Selain itu, beliau turut menyelitkan selingan kisah-kisah teladan dan motivasi kepada murid.. Beliau juga turut melontarkan beberapa soalan kepada murid tentang intipati ceramah beliau dan murid yang telah berjaya menjawabnya diberikan ganjaran berupa duit raya.
          Majlis diakhiri dengan ucapan aluan GPK Pentadbiran En. Mohd Azmin bin Atan selaku mewakili pihak Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan dan berharap agar majlis ilmiah ini diteruskan saban tahun.Sekalung penghargaan diberikan kepada penceramah pada akhir majlis dengan penyerahan cenderahati oleh pihak sekolah. Secara keseluruhanya, objektif dan matlamat majlis ini telah tercapai dan mendapat sambutan dari semua yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana majlis ini.


       











Thursday, June 23, 2016

TAKLIMAT SSDM

TARIKH      : 23 JUN 2016
MASA         : 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang ( bagi guru-guru sesi petang )
                    : 1.30 petang hingga 2.30 petang ( bagi guru-guru sesi pagi )
TEMPAT    : Bilik Mesyuarat SKPM

Taklimat SSDM telah diberikan oleh PK Hem, Pn. Noraizah Bt Dun bagi guru-guru SKPM.
Beliau menerangkan cara menggunakan online Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) versi 2.









Monday, June 20, 2016

PERHIMPUNAN MINGGU KE-22





Tarikh:20/6/2016
Tempat: Tapak Perhimpunan
Masa: 7.30am-8.00 am


Tema: Amalan Berterima Kasih
Pengerusi Majlis: En. R.Gopi A/L Rangaya

Guru Bertugas:
1) En. R.Gopi A/L Rangaya
2) Pn. Suriatie Binti Che Lah
3) Pn. Nirawaty Binti Mohd Nor
4) Pn. Sarifah Binti Saini





1.Nyanyian 3 Buah Lagu
     Negaraku
     Negeri Selangor
     Lagu Sekolah
- dipimpin oleh adik Minhaj





2. Bacaan Doa oleh adik Muhammad Aniq
3. Bacaan Ikrar Rukunegara oleh En. R.Gopi
4. Bacaan Ikrar sekolah oleh adik Farah Adiba

5. Ikrar Jalanraya oleh adik Adham Aiman



6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
     - disampaikan oleh ustazah Norhalida
        - menegur murid Tahap1 supaya jangan meminum air ditandas.
        - meminta murid-murid untuk menghormati rakan-rakan tidak kira kaum dan bangsa.

7. Ucapan  Guru Bertugas
    - disampaikan oleh En R.Gopi
        - mengingatkan murid sentiasa mengamalkan sikap berterima kasih antara satu 
          sama lain.

8. Pelancaran Program The Champion Tahun 2016
    - Seramai 25 orang murid telah dipilih sebagai Murid Champion untuk mencapai 6A     
      UPSR 2016.



Senarai Nama Murid " The Champion"


9. Penyampaian Anugerah Keceriaan Kelas Minggu ke-21
     Tahap 1: 1 Wawasan
     Tahap 2: 6 Gemilang



1 Wawasan

6 Gemilang

10. Ucapan Guru Besar ( Pn.Siti Habsah Bt.Ahmad)
      - Mengingati murid mengenai tabung sumbangan 10 sen untuk pembinaan bumbung 
        tertutup tapak perhimpunan.
      - Mengingati murid-murid tahun 6 mengenai Hari dan masa yang masih tinggal lagi    
        untuk peperiksaan UPSR.
      - Menegur murid tahun 6 untuk menggunakan masa dengan lebih berkesan dan 
        membantu diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan.



11.  Perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.

Thursday, June 16, 2016

HARI BICARA AKADEMIK KALI PERTAMA 2016

Tarikh    : 16 Jun 2016
Masa     : 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Hari       : Khamis

 Hari Bicara Akademik kali Pertama 2016 dari pra sekolah hingga tahun 6 telah diadakan di SKPM.

Hari Bicara Akademik diadakan untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama diantara warga pendidik dan ibubapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangkan akademik murid-murid serta sokongan positif kepada setiap program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Jualan amal Pusat Sumber Sekolah dan Kaunter PIBG juga turut diadakan.


















Jualan amal Pusat sumber sekolah




Kaunter PIBG