Sunday, June 26, 2016

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Jumaat, 24 Jun 2016- Panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan nuzul al-quran diperingkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk memperingati sejarah penurunan al-quran yang berlaku pada tarikh 17 ramadhan setiap tahun. Seluruh umat Islam di dunia turut meraikan peristiwa bersejarah ini. 
           Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ustaz mohd helmi bin jumri sebagai pembuka majlis dan diteruskan dengan bacaan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh adik Mohamaad Danishahmi dari kelas 6 Gemilang. Seterusnya majlis disusuli dengan ceramah tentang nuzul al-quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Effendi dari SK. Labu Lanjut. 
        Antara pengisian ceramah beliau tentang sejarah penurunan al-quran dan peristiwa peperangan yang berlaku dibulan ramadhan iaitu perang badar al-Kubra. Selain itu, beliau turut menyelitkan selingan kisah-kisah teladan dan motivasi kepada murid.. Beliau juga turut melontarkan beberapa soalan kepada murid tentang intipati ceramah beliau dan murid yang telah berjaya menjawabnya diberikan ganjaran berupa duit raya.
          Majlis diakhiri dengan ucapan aluan GPK Pentadbiran En. Mohd Azmin bin Atan selaku mewakili pihak Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan dan berharap agar majlis ilmiah ini diteruskan saban tahun.Sekalung penghargaan diberikan kepada penceramah pada akhir majlis dengan penyerahan cenderahati oleh pihak sekolah. Secara keseluruhanya, objektif dan matlamat majlis ini telah tercapai dan mendapat sambutan dari semua yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana majlis ini.


       











No comments: