Wednesday, July 27, 2016

Program Motivasi Kuasa Pecutan Akhir

Pada 27 Julai 2016, Rabu - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan sebuah program motivasi yang bertajuk " Program Motivasi Kuasa Pecutan Akhir " untuk calon UPSR dan murid tahun 5.
Dr. Shabuddin Al-Ustaz Mun merupakan Penceramah dari Open Mind Resources. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan murid yang bestari dan yang terpenting memberikan murid asas utama serta motivasi untuk mendapat 6A dalam peperiksaan UPSR 2016.

Program ini dapat dijalankan dengan lancar. Murid- murid pun memberikan komitmen yang baik dengan memberi respon kepada penceramah.

Diharapkan program ini dapat memberikan perubahan positif dalam diri murid untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Penceramah juga menawarkan Seminar Sehari UPSR 2016 yang dianjurkan oleh Open Mind Resource.












MOTIVASI KAIZAN FOR STUDENTS

Pada 26 Julai 2016, Selasa - SK Pulau Meranti telah menganjurkan sebuah program motivasi yang bertajuk " Motivasi Kaizan For Students ".Penceramah cik Nora Sephia Ibrahim merupakan Jurulatih Minda & Psikologi dari CSQ Training & Consultanct.
Program ini telah dilaksanakan untuk sesi pagi jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang manakala untuk sesi petang pula dari jam 1.30 petang hingga 3,30petang.








Tuesday, July 26, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh :     25 Julai 2016
Tempat:     Dataran Berbumbung SKPM
Masa:        3.40 - 4.10 petang

Guru Bertugas :
1. En. Ibrahim bin Zainuddin
2. Pn. Nasibah binti Sairi
3. Pn. Rose Halina binti Jedin

Pengerusi Majlis : Pn. Rose Halina binti Jedin

Acara perhimpunan mingguan dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya diteruskan dengan bacaan doa yang  dibacakan oleh Adham Fahmi bin Yusnizan, Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rose Halina, Ikrar Murid oleh Aiza Aryana dan Ikrar Keselamatan oleh Norasyikin binti Rosley.

Laporan guru bertugas minggu lepas:

Pn. Mahfuzah melaporkan mengenai disiplin murid ketika di kantin, ditempat perhimpunan, waktu rehat dan disiplin dalam menepati masa kehadiran ke sekolah sebelum atau pada 1.20 petang.

Ucapan Guru bertugas Mingguan

Tema: Menghormati Pemimpin

Murid-murid diingatkan supaya menghormati pemimpin tertinggi negara, pemimpin sekolah dan pemimpin di dalam kelas. Memberi salam, hormat menghormati dan sentiasa beradab apabila bercakap dan bertemu dengan pemimpin.

Hal-hal lain :

1. Pemberian Kek Hari Lahir kepada murid yang menyambut Hari Lahir pada bulan Julai.

2. Penyampaian 'button'  Anugerah Nilam, kepada murid yang dipilih sebagai pembaca terbanyak
    sepanjang penggal 1 2016 .

Ucapan Guru Disiplin :

Pn. Nasibah mengingatkan kembali peraturan dan etika berpakaian formal pada hari Isnin. Murid diminta merujuk kembali buku disiplin yang telah dibeli dan hendaklah sentiasa dibawa ke sekolah.



Gambar aktiviti perhimpunan rasmi petang Minggu ke-27













Laporan ditulis oleh :Nasibah binti Sairi

Monday, July 25, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU KE-27

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-27

Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dataran SK Pulau Meranti
Waktu: 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas:
1. En. Ridzuan Amir b. Mohamad
2. Pn. Hayati bt. Kamis
3. Pn. Diana bt. Yusof
4. Pn. Norhalida bt. Ishak

Aktiviti:

Pengerusi Majlis: Pn. Hayati bt. Kamis

Nyanyian:
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Negeri Selangor
3. Lagu Sekolah

Nyanyian lagu dipimpin oleh Saudari Ulfah Umairah bt. Azizi

Bacaan doa: Saudara Muhammad Aniq b. M. Amin
Ikrar Rukun Negara: Pn. Hayati bt. Kamis
Ikrar Murid: Saudara Muhamad Adam Harith
Ikrar Keselamatan Jalan Raya: Saudara Muhamad Rusyaidi


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Pn. Norjaya bt. Sumaleh mengingatkan semua murid agar menjaga disiplin serta menunjukkan contoh yang baik terutama kepada murid-murid tahun 6 agar dapat menjadi ikutan kepada murid yang lain. Murid-murid juga diminta untuk menjaga kawasan persekitaran sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Tema: Menghormati pemimpin.

Murid-murid haruslah menghormati para pemimpin. Di sekolah, murid-murid harusla menghormati guru-guru dengan cara memberi salam, menghulurkan bantuan, beradab sopan dengan guru dan lain-lain lagi. Para guru diibaratkan seperti ibubapa di sekolah.


Hal-hal lain:

1. Program Nilam

     - Pn. Salinda bt. Kadri mempromosikan Pesta Buku Selangor 2016 yang akan
       diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Julai hingga 7 Ogas 2016

     - Penyampaian tanda penghargaan kepada pembaca terbanyak SK Pulau Meranti.


2. Pemberian Kek Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Julai.

3. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berkumpulan anjuran Panitia Sains.


Ucapan GPK Hal Ehwal Murid

Datin Noraizah bt. Dun mengingatkan kepada semua murid agar menjaga adab dan disiplin di sekolah sama ada adab dengan guru, sesama rakan dan lain-lain. tidak membuang sampah merata-rata dan memelihara aset sekolah sebaik mungkin.



Pimpinan nyanyian oleh Saudari Ulfah Umairah bt. Azizi
                               

Bacaan ikrar keselamatan jalan raya

Bacaan ikrar murid
Bacaan Doa
Pn. Salinda dan Program Nilam

Penerima kek hari lahir




Saturday, July 23, 2016

PROGRAM BIMBINGAN KASIH MURID TAHUN 1, 2 & 3 (LINUS 2.0 2016)

SABTU - 23 JULAI 2016, bertempat di Dewan SK Pulau Meranti telah berlangsung satu program anjuran Jawatankuasa LINUS iaitu PROGRAM BIMBINGAN KASIH MURID TAHUN 1, 2 DAN 3. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 40% ibu bapa / penjaga murid-murid LINUS bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa berkenaan pencapaian anak-anak mereka selepas Ujian Saringan 1 LINUS 2.0 yang lalu. 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Rose Halina bt Jedin dan diikuti oleh bacaan doa oleh En. Ibrahim bin Zainuddin. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Azmin bin Atan di mana beliau berharap bantuan ibu bapa / penjaga membantu anak-anak membuat latihan dan ulangkaji modul yang dibekalkan bagi membolehkan anak-anak mereka melepasi semua konstruk Ujian Saringan 2 LINUS 2.0 yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Seterusnya, taklimat dan perbentangan Kontruk 1 hingga 12 Literasi Bahasa Malaysia disampaikan oleh Pn. Saliza bt Ahmad Salleh dan Literasi Bahasa Inggeris disampaikan oleh YM Raja Izzurinawati bt Raja Shukri Amrun.

Acara pada pagi ini diteruskan dengan runding cara antara ibu bapa dan guru di mana ibu bapa diberi penjelasan dengan lebih terperinci kedudukan anak-anak mereka pada konstruk tertentu. Ibu bapa diberi tunjuk ajar bagi membantu anak-anak di rumah. Program berakhir sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. 

Diharap program ini dapat membantu murid-murid dan pihak sekolah bagi merealisasikan hasrat mencapai Sifar LINUS selepas Saringan 2 nanti.

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa 
Sesi Pendaftaran Ibu Bapa
Sesi Pendaftaran Ibu Bapa
Ucapan GPK Pentadbiran, En. Mohd Azmin
Taklimat Kontruk LINUS 2.0 Bahasa Malaysia, Pn. Saliza
Taklimat Kontruk LINUS 2.0 Bahasa Inggeris, YM Raja Izzurinawati
Sesi Runding Cara bersama Ibu Bapa
Sesi Runding Cara Bersama Ibu Bapa
Sesi Runding Cara Bersama Ibu Bapa

Friday, July 22, 2016

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H

             Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab diadakan pada 22 Julai 2016, dan digabung bersama dengan program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H. Objektif program ini untuk memberi keyakinan kepada para pelajar bahawa segala usaha dan ikhtiar perlulah diakhiri dengan bertawakal kepada Allah. Selain itu dapat membina keteguhan iman pelajar dan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepatuhan kepada cara hidup Islam. Ia juga dapat merapatkan silaturrahim di kalangan pelajar dan para guru. 

Majlis penutupan ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 11.50 pagi dengan aktiviti seperti berikut :-
- Bacaan Yassin / Kehadiran
- Bacaan Doa
-Ucapan Guru Besar
-Penyampaian Hadiah Panitia Sains dan Pendidikan Islam & Bahasa Arab
-Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
-Persembahan murid-murid tahun 4 dan tahun 5
-Jamuan Kelas
-Bersurai dan kemas kelas

              Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun, dan begitu juga pada tahun ini. Majlis ini diserikan dengan lagu Hari Raya yang berkumandang setiap ceruk sekolah. Semua murid berpakaian raya dan membawa kuih muih raya. Murid-murid menikmati jamuan hari raya mereka di kelas masing-masing dan ada juga kelas yang bergabung sesama mereka. 

Puan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang hafazan tahapsatu
Persembahan Kalam Jamaei' oleh murid-murid tahun lima

Puan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Hafazan Al Quran tahap dua

persembahan sajak Hari Raya oleh murid tahun lima

Perasmian penutup Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab oleh PK 1

Persembahan nyanyian Lagu Hari Raya oleh murid-murid tahun lima

Sebahagian daripada juadah Hari Raya oleh Murid-murid

Sebahagian daripada juadah Hari Raya oleh Murid-murid
     

         
Disediakan oleh :
Nordiana bt Amiruddin

 

Monday, July 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Sesi Petang Minggu ke-26

Laporan Perhimpunan Minggu ke-26

Tarikh     : 18 Julai 2016
Masa      : 3.40 - 4.10 petang
Tempat   : Dataran Berbumbung SKPM

Guru Bertugas

1) Pn Yusnur Aida bt Mohd Yusof
2) Pn Nor Rasyedah bt Mustaffa
3) Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan
4) Pn Norazmah bt Che Omar

Aktiviti

Pengerusi Majlis :
Pn Yusnur Aida bt Mohd Yusof

Nyanyian :
1) Lagu Negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah

Bacaan Doa : Adik Ahmad Shauqi Aniq (3 Gemilang)
Ikrar Rukun Negara : Pn Yusnur Aida
Ikrar Sekolah : Adik Mohd Khairul Wafiy (2 Gemilang)
Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn Yusnur Aida

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : 

- Pn Saliza mengingatkan agar semua murid menjaga keselamatan diri.
- Murid yang telah sakit di rumah tidak perlu hadir ke sekolah.

Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini : 

Tema Minggu Ini : Saya Anak Malaysia
- Pn Yusnur Aida mengingatkan sebagai anak Malaysia kita mestilah sayang dan cinta negara kita Malaysia.
- Selain itu, Pn Yusnur memaklumkan senarai guru yang bertugas minggu ini.
- Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti Ko Kurikulum untuk murid Tahun 3 pada minggu ini  dibatalkan.
- Selain itu, Sambutan Hari Raya akan diadakan pada hari Jumaat pada jam 7.30 pagi. Semua murid sesi petang diwajibkan hadir pada sesi persekolahan pagi. Surat telah diedarkan pada murid.

Hal-hal Lain :
- Pemberian kek harijadi kepada murid yang lahir pada bulan Jun.

Laporan guru bertugas minggu lepas

Ucapan guru bertugas minggu ini

Bacaan doa

Bacaan ikrar

Pemberian hadiah kek harijadi

Murid yang menerima hadiah kek harijadi