Tuesday, July 26, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh :     25 Julai 2016
Tempat:     Dataran Berbumbung SKPM
Masa:        3.40 - 4.10 petang

Guru Bertugas :
1. En. Ibrahim bin Zainuddin
2. Pn. Nasibah binti Sairi
3. Pn. Rose Halina binti Jedin

Pengerusi Majlis : Pn. Rose Halina binti Jedin

Acara perhimpunan mingguan dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya diteruskan dengan bacaan doa yang  dibacakan oleh Adham Fahmi bin Yusnizan, Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rose Halina, Ikrar Murid oleh Aiza Aryana dan Ikrar Keselamatan oleh Norasyikin binti Rosley.

Laporan guru bertugas minggu lepas:

Pn. Mahfuzah melaporkan mengenai disiplin murid ketika di kantin, ditempat perhimpunan, waktu rehat dan disiplin dalam menepati masa kehadiran ke sekolah sebelum atau pada 1.20 petang.

Ucapan Guru bertugas Mingguan

Tema: Menghormati Pemimpin

Murid-murid diingatkan supaya menghormati pemimpin tertinggi negara, pemimpin sekolah dan pemimpin di dalam kelas. Memberi salam, hormat menghormati dan sentiasa beradab apabila bercakap dan bertemu dengan pemimpin.

Hal-hal lain :

1. Pemberian Kek Hari Lahir kepada murid yang menyambut Hari Lahir pada bulan Julai.

2. Penyampaian 'button'  Anugerah Nilam, kepada murid yang dipilih sebagai pembaca terbanyak
    sepanjang penggal 1 2016 .

Ucapan Guru Disiplin :

Pn. Nasibah mengingatkan kembali peraturan dan etika berpakaian formal pada hari Isnin. Murid diminta merujuk kembali buku disiplin yang telah dibeli dan hendaklah sentiasa dibawa ke sekolah.



Gambar aktiviti perhimpunan rasmi petang Minggu ke-27













Laporan ditulis oleh :Nasibah binti Sairi

No comments: