Monday, July 11, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU KE-25



LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-25 / 2016

  • Tarikh : 11 Julai  2016
  • Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat : Dataran Perhimpunan


 Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1.   1. Encik Daud
  2.   2. Pn. Norhanim
  3. Pn. Marlina
  4. Pn. Siti Juitah Ibrahim


 Aktiviti
  • Pengerusi Majlis : Pn. Marlina
  • Nyanyian 
  1. Lagu Negaraku
  2. Lagu Negeri Selangor
  3. Lagu Sekolah
Dikendalikan oleh Minhaj Kushairi (4G)


  • Bacaan Doa`: Muhammad Aniq b. Amin (5 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara`: Pn. Marlina
  • Ikrar Sekolah : Muhammad Nabil (6 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammad Haiqal (6 Gemilang)

Tema Minggu Ini: Semangat Kesukanan

- Cikgu  Marlina berpesan kepada murid-murid agar mengamalkan semangat kesukanan apabila menyertai sukan atau sesuatu pertandingan.
- Penting untuk kesihatan dan dapat menjaga disiplin diri.

Ucapan Guru Yang Bertugas  Pada Minggu Lepas

-Cikgu Hafizah memaklumkan  murid-murid pada minggu lepas semuanya berkelakuan baik. Bagaimanapun ada segelintir murid yang suka bermain dan berlari di kawasan berbumbung dan di kawasan tapak perhimpunan. Mereka dinasihati supaya tidak melakukan perbuatan tersebut kerana membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Ucapan GPK Kokurikulum - Datin Nora Bt Yusuf

1.Perkhemahan perdana untuk tahun 4 , 5 dan 6 akan diadakan pada 5 & 6 Ogos 
2.Baju sukan akan diedarkan kepada murid-murid yang telah bayar sepenuhnya selepas Hari Raya Puasa.
3. Menasihati muri-murid Tahun Enam yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR pada minggu hadapan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.           
4. Memaklumkan kepada semua murid bahawa kokorikulum pada hari Rabu akan diadakan seperti biasa setelah ditangguhkan selama sebulan (bulan Ramadhan).

Hal-hal Lain
1. Guru Besar memaklumkan kepada semua warga SKPM bahawa guru Bahasa Inggeris Tahun 1 iaitu Cikgu Cheng Wai Ling telah meninggal dunia pada hari Sabtu (9 Julai 2016)
2. Jenazah mandiang cikgu Cheng Wai Ling akan dikebumikan pada hari ini 11 Julai 2016 di Kelantan.
3. Semua warga SKPM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mandiang Cikgu Cheng Wai Ling.


Perhimpunan diakhiri dengan bertafakur sebentar sebagai tanda memperingati mandiang cikgu Cheng Wai Ling.




Pn.Marlina sedang berucap





No comments: