Monday, July 25, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU KE-27

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-27

Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dataran SK Pulau Meranti
Waktu: 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas:
1. En. Ridzuan Amir b. Mohamad
2. Pn. Hayati bt. Kamis
3. Pn. Diana bt. Yusof
4. Pn. Norhalida bt. Ishak

Aktiviti:

Pengerusi Majlis: Pn. Hayati bt. Kamis

Nyanyian:
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Negeri Selangor
3. Lagu Sekolah

Nyanyian lagu dipimpin oleh Saudari Ulfah Umairah bt. Azizi

Bacaan doa: Saudara Muhammad Aniq b. M. Amin
Ikrar Rukun Negara: Pn. Hayati bt. Kamis
Ikrar Murid: Saudara Muhamad Adam Harith
Ikrar Keselamatan Jalan Raya: Saudara Muhamad Rusyaidi


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Pn. Norjaya bt. Sumaleh mengingatkan semua murid agar menjaga disiplin serta menunjukkan contoh yang baik terutama kepada murid-murid tahun 6 agar dapat menjadi ikutan kepada murid yang lain. Murid-murid juga diminta untuk menjaga kawasan persekitaran sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Tema: Menghormati pemimpin.

Murid-murid haruslah menghormati para pemimpin. Di sekolah, murid-murid harusla menghormati guru-guru dengan cara memberi salam, menghulurkan bantuan, beradab sopan dengan guru dan lain-lain lagi. Para guru diibaratkan seperti ibubapa di sekolah.


Hal-hal lain:

1. Program Nilam

     - Pn. Salinda bt. Kadri mempromosikan Pesta Buku Selangor 2016 yang akan
       diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Julai hingga 7 Ogas 2016

     - Penyampaian tanda penghargaan kepada pembaca terbanyak SK Pulau Meranti.


2. Pemberian Kek Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Julai.

3. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berkumpulan anjuran Panitia Sains.


Ucapan GPK Hal Ehwal Murid

Datin Noraizah bt. Dun mengingatkan kepada semua murid agar menjaga adab dan disiplin di sekolah sama ada adab dengan guru, sesama rakan dan lain-lain. tidak membuang sampah merata-rata dan memelihara aset sekolah sebaik mungkin.



Pimpinan nyanyian oleh Saudari Ulfah Umairah bt. Azizi
                               

Bacaan ikrar keselamatan jalan raya

Bacaan ikrar murid
Bacaan Doa
Pn. Salinda dan Program Nilam

Penerima kek hari lahir




No comments: