Sunday, July 3, 2016

MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN 2016

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bagi menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini, Panitia Pendidikan Islam bersama Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid akan menganjurkan majlis Khatam Al-Quran, berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri sempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelma tak lama lagi. Majlis ini adalah majlis tahunan dan akan melibatkan semua guru, murid dan staff SKPM. Matlamatnya adalah untuk:
  • Mengeratkan ukhwah sesama warga SKPM amnya dan murid serta ibu bapa khasnya.
  • Memberi kegembiraan kepada murid yang tidak berkemampuan untuk meraikan Syawal yang akan menjelma tak lama lagi. 
  • Merancang aktiviti kerohanian kepada warga SKPM.
  • Menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan amalan seharian. 
         Acara dimulakan dengan bacaan Yassin di Dataran Perhimpunan pada jam 7.30 pagi yang dipimpin oleh Encik Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Sebelum majlis bermula, amanat hari raya telah disampaikan oleh Puan Ruzaimah wakil daripada PPD Sepang. Selepas itu, acara diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran di dalam Dewan SKPM yang dipimpin oleh Ustaz Adnan Bin Mustaffa dan Ustaz Mohd. Helmi Bin Jumri. Majlis ini disertai oleh guru-guru SKPM bersama anak-anak murid SKPM. Manakala murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 berada di dalam kelas masing-masing dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh setiap penyelaras Tahunan. 
        Selesai majlis Khatam Al-Quran, Slot sumbangan Hari Raya diteruskan dengan memberi duit raya kepada murid-murid SKPM disamping sesi bersalam-salaman. Majlis berakhir pada jam 11.50 pagi dan bersurai. Jutaan terima kasih kepada semua warga SKPM kerana telah menjayakan program ini. Syukur alhamdulillah...






















No comments: